CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 1

[Kedah] 'Saya tak tengok langsung wajah bayi dalam lubang tandas'

[Copy link]
Post time 13-4-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tak tengok langsung wajah bayi dalam lubang tandas'


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 13, 2023 @ 12:34pm [email protected]




Nur ketika ditemui di Penjara Pokok Sena. - Foto Syaharim Abidin




ALOR SETAR: "Saya rindu nak makan ketupat dan rendang mak masak di pagi raya selain merasai suasana kemeriahan Aidilfitri di rumah tetapi apakan daya terpaksa menjalani hukuman penjara akibat kesilapan saya sendiri," kata Nur, 26.

Nur sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena, atas kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayinya dan akur dengan kehendak takdir apabila terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga.

Mengimbas kejadian yang berlaku, ketika itu dia berusia 19 tahun dan sedang menuntut di semester pertama sebuah kolej di negeri itu.

Katanya, perkenalannya dengan seorang penuntut lelaki berakhir dengan keterlanjuran mereka sehinggalah dia hamil.

"Saya tak tahu pun saya hamil sehinggalah saya sakit perut pada jam 1 tengah hari 30 Mac 2017 dan terus bergegas ke tandas kerana menyangka datang bulan.

"Namun selepas menahan sakit yang teramat sangat, saya terkejut apabila mendapati bayi meluncur terus ke lubang tandas.

"Saya tak tengok langsung wajahnya dan dalam keadaan ketakutan, saya tarik tali pusat sehingga keluar sebelum meninggalkan bayi berkenaan yang dipercayai sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada Program Berbuka Puasa bersama banduan di Penjara Pokok Sena di sini semalam.

Menurut Nur, teman lelakinya itu hilang entah ke mana sehingga sekarang tetapi ibu dan adik beradiknya sering datang melawatnya di penjara untuk memberi semangat.

Katanya, dia menyesal kerana dosa silam menyebabkan dia menghabiskan masa di penjara sejak enam tahun lalu.

"Kini sudah hampir tiga tahun saya menjalani hukuman di sini sebagai banduan akhir dan sedang dalam proses membuat rayuan bersama tiga hakim bagi kes saya ini.

"Saya hanya melihat wajah bayi lelaki itu apabila polis tunjuk ketika kes saya berjalan di mahkamah sebelum ini dan rasa bersalah sangat pada dia.

"Saya namakan dia Muhammad dan berjanji takkan ulangi kesilapan saya ini seandainya dibebaskan kelak," katanya.

Menurut Nur, dia sering berdoa supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga dan akan menjalani kehidupan baru.

Katanya, sepanjang menjalani hukuman, dia tidak tinggal solat dan khatam al-Quran setiap bulan serta banyak lagi yang dipelajarinya.

"Nasihat saya kepada rakan-rakan di luar sana, kalau nak berkawan tak perlulah sampai terlanjur dengan pasangan kerana nak seronok sekejap saja tapi bila dah jadi macam saya, apa pun dah tak boleh ubah," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wajihan turut mengingatkan penghuni penjara bahawa segala-galanya berlaku atas perancangan Allah.

"Walau apa pun yang berlaku, sentiasa ada hikmahnya. Walaupun kita mendapati diri kita terpenjara kerana kesilapan kita sendiri, kita harus ingat bahawa itu semua adalah perancangan Tuhan," katanya yang turut serta dalam program itu, semalam.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 02:43 PM | Show all posts
Saya tak tahu pun saya hamil sehinggalah saya sakit perut


seruisla x tawu apa jd kt badan sndiri? x kan la budak tu x menendang... hurmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045952 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list