CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Kedah] Penerokaan REE di Sik: 40 dituduh ceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang

[Copy link]
Post time 13-4-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Antara 40 individu termasuk 35 warga asing yang yang didakwa di Mahkamah Sesyen Baling hari ini kerana melakukan pencerobohan haram di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

BALING: Seramai 40 individu termasuk 35 warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik pada Januari lalu.

Pendakwaan menyusul selepas kira-kira dua bulan pendedahan eksklusif BH mengenai kegiatan mengorek unsur nadir bumi (REE) secara tidak sah di kawasan hutan simpan itu yang didakwa kembali aktif membabitkan warga asing.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Najwa Che Mat hari ini, hanya dua tertuduh iaitu Ho Chung Meng, 54 dan Poh Chu Yuan, 21, masing-masing warga tempatan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atas mereka.

Tiada pengakuan direkodkan tertuduh lain termasuk tiga warga tempatan iaitu Wong Siew Lin, 58; Tai Chan Weng, 56 dan Wong Hing Nam, 59, selepas masing-masing tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Baki yang lain membabitkan 31 warga Myanmar serta masing-masing dua warga China Nepal berusia antara 18 hingga 50 tahun.

Berdasarkan pendakwaan, mereka dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartment 12 Hutan Simpan Bukit Enggang tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal antara jam 9 malam pada 31 Januari lalu, hingga jam 3 pagi 1 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Wan Hazlin Suraya Wan Sharif, Noor Husnita Mohd Radzi dan Naliatul Huzaimi Ab Rasip, manakala lima tertuduh warga tempatan dan dua warga China diwakili peguam Lee Keng Fatt.

Mahkamah membenarkan lima tertuduh warga tempatan diikat jamin masing-masing RM5,000 serta seorang penjamin, manakala dua tertuduh warga China dibenarkan ikat jamin masing-masing RM7,000 serta dua penjamin tempatan selain perlu menyerahkan pasport mereka.

Bagi 31 tertuduh warga Myanmar dan dua warga Nepal pula, masing-masing tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana sedang menjalani hukuman penjara di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Hakim menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes dan proses melantik jurubahasa bagi tertuduh yang tidak memahami bahasa Melayu.

BH melalui laporan eksklusif pada 6 Februari lalu mendedahkan kegiatan mengorek REE secara tidak sah yang didakwa aktif semula itu membabitkan kumpulan warga asing yang berselindung menggunakan kebenaran kerajaan negeri kepada syarikat usaha sama tempatan dan luar negara.

Seramai 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki terbabit aktiviti penerokaan REE secara haram di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Dalam operasi itu, JPNK turut menyita pelbagai peralatan dan jentera digunakan kumpulan terbabit dipercayai bagi melakukan kerja menggali serta mengekstrak bahan REE terbabit.

https://www.bharian.com.my/berit ... impan-bukit-enggang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034802 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list