CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM tiba di Pulau Pinang untuk lawatan kerja

[Copy link]
Post time 14-4-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode
PM tiba di Pulau Pinang untuk lawatan kerja

14 April 2023  11:34am





Anwar pada Jumaat bagi memulakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Kedah.




GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Jumaat bagi memulakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Kedah.

Pesawat khas membawa rombongan Perdana Menteri tiba di lapangan terbang itu pada jam 10.30 pagi dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengetuai kenamaan negeri menyambut beliau.

Pada Jumaat, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di kediaman rasmi beliau di Seri Mutiara sebelum menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Kampung Mengkuang Titi di Bukit Mertajam dan seterusnya menunaikan solat Zuhur dan solat Jumaat di Masjid Jarak Atas di Tasek Gelugor.

Beliau kemudian dijadual bergerak ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang untuk menghadiri tiga program iaitu Majlis Amanat YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang, sesi taklimat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).

Selepas itu, Perdana Menteri dijadual ke Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) di Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih di Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur melalui Pangkalan Udara TUDM Butterworth. - Bernama




sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035893 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list