CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Johor] 2 tahanan warga Indonesia cuba lolos dipenjara 8 bulan

[Copy link]
Post time 17-4-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Dua tahanan yang melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Sesyen Kota Tinggi ke Penjara Ledang pada 11 April lalu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Kulai di sini hari ini. FOTO Mary Victoria Dass

Kulai: Dua tahanan warga Indonesia yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Sesyen Kota Tinggi ke Penjara Ledang, Selasa lalu dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Kulai di sini, hari ini.

Haji Samirudin, 36 dan Riki Rinaldi, 40, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Kedua-dua tertuduh didakwa pada 10.50 pagi pada 11 April lalu di Felda Inas menghala ke Sengkang dalam kawasan Kulai dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Mereka ditahan secara sah di sini undang-undang di bawah Seksyen 56(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Haji Samirudin memohon hukuman yang ringan kerana memiliki tanggungan lima anak termasuk tiga yang bersekolah serta anak bongsu berusia dua tahun selain menyara ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan.

Manakala Riki turut memohon supaya dijatuhi hukuman ringan kerana memiliki tiga anak dan ibu bapanya yang uzur.

Bagaimanapun, Edelynn mencadangkan mahkamah supaya menjatuhi suatu hukuman yang setimpal bagi kedua-dua suspek dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kepentingan awam.

Edelynn menyatakan perbuatan tertuduh bukan saja menimbulkan kesulitan kepada agensi pihak berkuasa malah membazir kos kerajaan atas usaha pencarian dilakukan dan wajar dihukum dengan setimpal.

Azureen Sahira kemudian menetapkan hukuman penjara berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan.

Media sebelum ini melaporkan dua tahanan warga Indonesia membuka gari berantai dan membuka pintu belakang van sebelum melarikan diri dengan memasuki sebuah kebun kelapa sawit terbiar ketika semasa dalam perjalanan bersama tiga anggota APMM dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang pada 11 April lalu.

Ketika kejadian, mereka bersama dua lagi tahanan warga Indonesia sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang selepas didakwa di Mahkamah Kota Tinggi bagi pertuduhan bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka ditahan penguat kuasa maritim kerana dipercayai tidak mempunyai pas atau dokumen sah masuk ke negara ini.

Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditangkap semula dalam tempoh 24 jam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian dengan kedua-dua tahanan menukar baju lokap yang dipakai dengan t-shirt dan jeans dipercayai dicuri.

Kedua-dua tahanan itu mengalami cedera ringan selepas bertindak terjun dari van untuk meloloskan diri.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-dipenjara-8-bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.043080 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list