CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Johor] Jual telur 70 sen sebiji, syarikat dihadapkan ke mahkamah

[Copy link]
Post time 17-4-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Salah seorang pengarah Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd mengaku tidak bersalah menjual telur melebihi harga maksimum runcit, awal tahun ini. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menjual telur ayan melebihi harga maksimum runcit awal tahun ini.

Bagaimanapun syarikat yang diwakili salah seorang pengarahnya iaitu wanita berusia 26 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, rangkaian kedai runcit milik syarikat terbabit menjual barangan harga terkawal iaitu telur ayam gred B dengan harga 70 sen sebiji.

Nilai itu melebihi harga maksimum runcit yang ditentukan dalam Jadual Ketiga (Perenggan 4) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) iaitu 43 sen sebiji.

Kesalahan dilakukan di premis Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd di 44, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn di sini kira-kira jam 11.30 pagi, 2 Januari lalu mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (a) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM1 juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhamad Sabiq Muhamad Subri dan Raja Nor Iklas Raja Ariff, manakala syarikat diwakili peguam Farah Wahidah Mohd Sharip.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adapkan-ke-mahkamah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049317 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list