CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Luruh jantung nampak pak belang

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Mohamad Zamri menunjukkan lokasi dia ternampak dengan seekor harimau belang di jalan utama Rembau-Tampin, dekat Kampung Batu Puteh, Chengkau, Rembau semalam.


REMBAU – Seorang bekas tentera terkejut apabila terserempak dengan seekor harimau belang hingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik kerana sakit jantung dalam kejadian di Kampung Batu Puteh, Chengkau di sini semalam.

Kejadian pada pukul 7.10 pagi itu berlaku ketika Mohamad Zamri Mokhtar, 42, dalam perjalanan pulang ke Rumah Rakyat Chengkau selepas menghantar anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan di Kota.

Katanya, kelibat harimau itu jelas kelihatan di jalan utama Rembau-Tampin itu dengan be­lang kuning hitamnya.

“Saya panik kerana jarak saya dengan harimau itu hanya beberapa meter sahaja. Saya terus menggigil dan nampak ia melompat ke jalan raya menuju semak ke kanan jalan betul-betul depan mata.

“Tanpa fikir panjang saya te­rus membuat laporan polis dan Perhilitan kerana memikirkan keselamatan penduduk kampung terutama ketika Aidilfitri dan ada sekolah berdekatan selain memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Mohamad Zamri, berdasarkan cerita penduduk kampung, harimau belang memang pernah dilihat di penempatan tersebut sekitar tahun 80-an.

Tambahnya, ada juga orang menceritakan penduduk demam selama dua minggu selepas terserempak dengan pak belang berkenaan.

“Saya yang ada sakit jantung turut pergi ke klinik bagi rawatan lanjut kerana terkejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, pihaknya te­lah menghantar anggota ke lokasi lokasi dan akan memasang ka­mera dan perangkap bagi mengesahkan aduan tersebut.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -nampak-pak-belang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.754341 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list