CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Johor] Tiada lagi isu paip kering – Exco

[Copy link]
Post time 19-4-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH meninjau persiapan bekalan air sempena Hari Raya Aidilfitri di LRA Lok Heng, Kota Tinggi.



KOTA TINGGI: Isu air yang membelenggu penduduk di Felda Gugusan Waha dan Felda Lok Heng setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka tidak akan berbangkit lagi pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memberi jaminan penduduk akan menikmati bekalan air seperti kebiasaan berikutan pelan mitigasi yang diambil oleh pihak Ranhill SAJ bagi memastikan bekalan dapat disalurkan dengan lancar kepada 20,400 pengguna pada Syawal ini.

Menurutnya Loji Rawatan Air (LRA) Lok Heng yang baharu dijadualkan siap pada Jun ini tetapi akan beroperasi sementara bagi memenuhi keperluan air penduduk.

“Sebenarnya sepanjang tahun kita tidak menghadapi masalah bekalan air, namun apabila musim perayaan penggunaan di sesebuah kawasan meningkat beberapa kali ganda dalam tempoh tertentu terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman.

“Situasi itu menyebabkan bekalan dan tekanan air tidak mencukupi terutamanya bagi kawasan berbukit dan hujung sistem bekalan seperti di Felda Lok Heng dan Felda Waha ini,” katanya selepas meninjau persiapan bekalan air sempena Hari Raya Aidilfitri di LRA Lok Heng, di sini.

Kawasan Felda Lok Heng dan Felda Waha di Kota Tinggi dan Labis di Segamat antara kawasan ‘hotspot’ yang sering menerima aduan ketiadaan air semasa musim perayaan.

Katanya untuk kawasan Labis, LRA Air Panas C yang akan siap sepenuhnya pada Ogos depqn juga akan digunakan sementara pada Aidilfitri ini bagi menampung keperluan air penduduk dan pihak Ranhill SAJ juga menyediakan set generator untuk menghadapi gangguan elektrik.

“Kita harapkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, persiapan bekalan dan tekanan mencukupi. Kita berharap tiada perkara berlaku di luar jangka seperti paip pecah. Sekiranya terjadi, penghantaran air statik akan digunakan,” katanya sambil memaklumkan sebanyak 28 buah lori tangki bergerak bersiap siaga di kawasan Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian.

Katanya, sebanyak 275 tangki statik turut ditempatkan di lokaliti terpilih di seluruh negeri, 19 tangki statik mudah alih bersedia digerakkan serta 11 generator disewa bagi tenaga sokongan kepada LRA utama yang berisiko terputus bekalan elektrik.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fazli berkata, untukpersiapan Hari Raya Aidilfitri, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengenal pasti 28 lokasi yang selalu berlaku gangguan semasa perayaan disebabkan beban yang tinggi pada malam raya terutamanya di kawasan kampung.

Justeru, TNB Johor akan menyediakan pegawai dan 22 set generator bergerak bagi mengatasi masalah beban berlebihan di kawasan terlibat. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... u-paip-kering-exco/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063580 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list