CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

[Johor] Mayat dalam bagasi: Dua individu dirakam keterangan

[Copy link]
Post time 20-4-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor pada Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor 2023 di sini, semalam. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN/FOTO

Johor Bahru: Dua individu sudah dirakam keterangan berhubung penemuan mayat wanita dalam beg bagasi yang ditinggalkan di kiosk dekat perhentian bas di Kulai, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dua individu itu adalah pemberi maklumat dan orang yang membuat laporan polis mengenai penemuan berkenaan.

Katanya, pihaknya berharap mendapat petunjuk baharu dalam laporan bedah siasat oleh pihak hospital, dalam masa terdekat.

"Setakat ini, kita tidak mendapat petunjuk yang jelas untuk memudahkan siasatan dijalankan, tambahan pula cap jari mangsa itu tidak dapat dikesan.

"Apa yang kita tahu ketika ini, mangsa tidak mempunyai bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) di lengan, ada kemungkinan mangsa warga asing, (tapi) kita belum dapat tentukan secara tepat lagi.

"Kita hanya boleh menunggu laporan penuh bedah siasat, cepat atau lambat itu bergantung kepada pihak hospital," katanya yang ditemui selepas Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor 2023 di sini, malam tadi.

Pada 12 April lalu, polis menerima maklumat penemuan mayat wanita dianggar berusia 25 tahun, yang dipotong kepada beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam beg bagasi.

Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=144
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.182238 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list