CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tragedi konvoi awal pagi

[Copy link]
Post time 6-5-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG maut manakala dua penunggang parah selepas terbabit kemalangan di KM 259.9 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran susur keluar ke Port Dickson. FOTO ihsan polis

Seremban: Seorang maut manakala dua lagi penunggang parah dalam kemalangan membabitkan tujuh motosikal di Kilometer 259.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa dikatakan dari Senawang menuju ke arah ibu kota dipercayai dalam perjalanan pulang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa, Ahmad Sheikhrul Razi Ab Kadir, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal lelaki berusia 17 sehingga 21 tahun dan seorang wanita berumur 21 tahun.

"Mereka bergerak dari arah Senawang menuju ke arah Ampang, Selangor, dipercayai dalam perjalanan pulang ke daerah itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati ketika kumpulan motosikal itu tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 19 tahun di lorong tengah lebuh raya disyaki hilang kawalan.

"Penunggang dikatakan jatuh di jalan raya menyebabkan enam lagi motosikal lain cuba mengelak namun, terlanggar sesama sendiri.

"Akibat pelanggaran, penunggang Yamaha 135 LC yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Manakala dua lelaki masing-masing berumur 21 dan 18 tahun mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki selain seramai empat mangsa lain mengalami kecederaan luka ringan di tangan dan kaki," katanya.

Nanda berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

"Mangsa lain dibawa ke hospital sama dan sedang menerima rawatan masing-masing di zon merah dan zon kuning," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggesa mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan itu atau mempunyai rakaman video berkaitan kes tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Saksi boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-konvoi-awal-pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list