CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Johor] Homestay jadi transit edar dadah lebih RM3.4 juta

[Copy link]
Post time 8-5-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian. FOTO TOGI MARZUKI

Pontian: Sepasukan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontijan (IPK) Johor Bahru dengan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah Tangkak dan Pontian berjaya menahan lima suspek berkaitan dadah di daerah ini pada 4 Mei lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan di sebuah homestay pada 8.45 malam hingga 10 malam itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki berusia 23 hingga 53 tahun.

"Empat darinya warga tempatan dan seorang warganegara asing, selain itu dua suspek positif dadah jenis METH dan seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, modus operandi sindiket pengedaran dengan menjadikan 'homestay' sebagai transit pengedaran dadah ke negara jiran dengan melalui jalan laut.

"Dipercayai kegiatan pengedaran dadah ini sudah aktif beroperasi sejak January 2023.

"Pelbagai jenis dadah termasuk 62 peket syabu seberat 64.89 Kilogram (KG) bernilai RM2,141,667.00 dan 58,626 biji seberat 17.58 KG bernilai RM1,290,59.20, " katanya pada Sidang Media Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib.

Kamarulzaman berkata, semua dadah itu dibungkus dalam bekas minuman.

Katanya, selain itu empat kereta bernilai RM129,000, motosikal bernilai RM 8,000 dan dua bot fiber berserta enjin bernilai RM110,000 disita selain wang tunai RM1,790.00 dan wang Singapura bernilai RM70.29 turut dirampas.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bernilai RM3,681,486.49.

"Semua dadah yang dirampas dipercayai akan dihentar ke negara jiran, " katanya.

Katanya, kesemua suspek direman selama 7 hari bermula 5 Mei dan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Katanya, pemilik homsetay perlu berwaspada bagi mengelakkan sebagai lokasi transit pengedaran dadah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dah-lebih-rm34-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list