View: 243|Reply: 0
|
Emas pasangan kembar kekalkan penguasaan Malaysia di Sukan SEA
[Copy link]
|
|
Pesilat negara yang juga pasangan kembar Muhammad Danial Azrol Noorazizan (kiri) dan Muhammad Danial Azray Noorazizan bergambar selepas memenangi pingat emas dalam acara Silat Seni Ganda pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konveksyen Chroy Changvar hari ini. Foto: BERNAMA
PHNOM PENH: Hubungan telepati pasangan kembar, Muhammmad Danial Azray Noorazizan dan Muhammmad Danial Azrol nyata membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjelmakan pingat emas dalam acara ganda lelaki di Sukan SEA Kemboja 2023, hari ini.
Bertempat di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar, pasangan kembar itu meraih 9.945 mata untuk menumpaskan gandingan adik beradik dari Filipina, Al Faujan Esmael Abad dan Al Mohaidib yang meraih 9.885 mata.
Kejayaan meraih emas itu secara tidak langsung mengekalkan emas diraih Malaysia sejak edisi Filipina 2019 yang dimenangi Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga. Malaysia turut meraih emas pada edisi sebelum itu di Kuala Lumpur 2017 menerusi gandingan Taqiyuddin dan Rosli Sharif.
Azrol berkata, ia mengambil tempoh tiga tahun untuk membentuk keserasian bagi menghasilkan gandingan mantap.
"Ini adalah Sukan SEA pertama kami dan kami sangat bersyukur dengan rezeki ini, membawa kebanggaan kepada negara dengan meraih emas pertama untuk silat," kata Azrol.
"Ia mengambil tempoh beberapa bulan untuk atlet menjadi cekap dan mengingati setiap langkah tetapi untuk menguasainya, ia mungkin mengambil masa tiga tahun... kami mampu mengurangkan tempoh masa itu kerana kami adik beradik dan mempunyai keserasian.
"Kami pasangan kembar dan ia memberikan kelebihan, kami menyertai acara sama dan akhirnya menyertai ganda... kami mula menyertai silat pada usia empat tahun dan sudah 18 tahun menyertai pertandingan bersama.
"Ini adalah pencapaian pertama di temasya antarabangsa... kami berbangga dengan pencapaian ini dan kami mendedikasikan pingat emas ini kepada jurulatih."
Dalam pada itu, Azray yang juga abang berkata, dia sentiasa mempunyai impian untuk mewakili Malaysia.
"Kami selalu menyertai kejohanan di peringkat sekolah... kami tidak pernah fikir untuk memenangi pingat di Sukan SEA tetapi saya sentiasa mahu mewakili Malaysia," kata pesilat dari Pendang, Kedah itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... laysia-di-sukan-sea |
|
|
|
|
|
|
| |
|