CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Melaka] Penduduk Taman Muzaffar Shah bimbang tanah runtuh, rayu campur tangan kerajaan

[Copy link]
Post time 9-5-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Penduduk Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, di sini, merayu campur tangan kerajaan negeri berhubung isu hakisan tanah dan runtuhan tebing yang didakwa akibat projek pembinaan rumah kedai di kawasan perumahan itu.

Dakwa penduduk ia berikutan kerja-kerja pencegahan tanah runtuh dibuat pemaju dilihat tidak menepati spesifikasi hingga menyebabkan kesan keretakan di jalan masih ketara termasuk kejadian tanah runtuh terus berlaku.

Penduduk, Abdul Rashid Alip, 57, berkata biarpun beberapa kali perjumpaan diadakan bersama pemaju dan agensi kerajaan sejak projek pembangunan itu dimulakan setahun lalu, kira-kira 500 penduduk diselubungi kebimbangan.

Katanya, dua hari lalu berlaku keruntuhan tanah di Jalan Sri Raya 7 (JSR7) selepas kejadian sama berlaku beberapa bulan lalu di JSR4.

"Tindakan pemaju membaiki runtuhan tebing ini nampaknya dibuat tidak seperti yang dijanjikan dan kami kecewa kerana hakisan dan keretakan jalan masih berlaku. Jika tiba-tiba tanah kami menyembah bumi di bawah ini bagaimana?

"Jadi kami minta pihak berwajib mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada pemaju supaya mereka membuat kerja-kerja pembaikan sebaiknya dan bukannya beri alasan tak masuk akal," katanya ditemui pemberita ketika mengadakan perhimpunan di tepi tapak pembinaan petang tadi.

Beliau menegaskan penduduk masih bertoleransi dengan pemaju namun bimbang apa akan berlaku selepas ini jika masalah itu tidak dipandang serius.

"Tambahan pula terdapat sebuah tangki air di atas tebing ini, jadi kami bimbang berlaku sesuatu tidak diingini.

"Dari segi nak hentikan pembinaan itu terpulang pada pihak kerajaan negeri, kalau dikatakan perlu hentikan lagi bagus," katanya.

Seorang lagi penduduk, Zainon Baba, 52, yang sudah 25 tahun menetap di taman berkenaan berkata, kehidupan dia sekeluarga tidak tenteram sejak projek itu dijalankan.

"Sebelum ini berlaku beberapa kali runtuhan tebing dan sejak itu saya tak percaya lagi kualiti kerja dilakukan pemaju kerana hakisan tebing di hadapan rumah berlaku sampai tiga kali.

"Bila hujan, saya akan terjaga dan keluar tengok zink biru (penghadang) di pasang di tebing itu sama ada masih tegak atau sudah runtuh.



ABDUL Rashid dakwa penduduk hidup dalam kebimbangan sejak setahun lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

"Sebelum ni bila bangun tidur saya dapat tengok pemandangan indah pokok-pokok yang baik untuk kesihatan, tapi kini lihat pemandangan yang boleh mengancam nyawa saya," katanya sambil menambah penduduk di situ turut berdepan pencemaran habuk ketika musim kemarau apabila debu pasir daripada projek itu melitupi lantai rumah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Ayer Keroh Height, Ismail Othman turut senada dan merayu campur tangan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi menyelesaikan isu itu.

Katanya, pihaknya akur projek itu diluluskan walaupun bantahan dibuat sejak awal, namun menggesa pemaju mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa sebelum meneruskan projek itu yang pernah dihentikan tiga kali.

"Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pun pernah melawat tapak pembinaan ini dan mengarahkan projek dihentikan sebelum diteruskan dengan beberapa syarat, namun kami tak nampak perkara berkenaan dipatuhi.

"Sebab itu, kami minta Datuk Seri Ab Rauf campur tangan untuk menilai apakah semua langkah sepatutnya sudah diambil pemaju demi membela nasib kami," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rayu-campur-tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.233662 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list