CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Permohonan bantuan bina baharu, baiki rumah veteran tentera meningkat

[Copy link]
Post time 9-5-2023 05:18 PM | Show all posts |Read mode

ADLY Zahari (tengah) mengunjungi veteran tentera, Zakaria (tiga, kiri) dan isterinya, Asiah yang mengalami masalah kesihatan di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban hari ini.- Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!


SEREMBAN – Kementerian Pertahanan mendedahkan permohonan bagi bantuan membina baharu dan membaik pulih rumah dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pada tahun ini sahaja pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM menerusi Inisiatif Perumahan Veteran telah menerima sehingga 70 permohonan bantuan membina baharu rumah.

“Kalau kita lihat berdasarkan permintaan memang banyak, keperluan kita tahun ini adalah sebanyak 40 buah rumah bina baharu bagi mereka yang mempunyai tanah tetapi yang memohon sehingga 70 orang. Memang permohonan lebih banyak berbanding peruntukan tetapi kami berusaha untuk memenuhi keperluan itu.

“Kami saban tahun meningkatkan peruntukan itu, sebagai contoh tahun lepas jumlah peruntukannya adalah untuk pembinaan sekitar 26 buah rumah tetapi tahun ini kami tingkatkan kepada 40 buah rumah.

“Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada veteran tentera dalam kelompok berpendapatan 40 peratus terendah (B40) termasuk bagi bantuan pembaikan rumah dengan sasaran sebanyak 400 buah rumah pada tahun ini,” katanya selepas menyantuni seorang veteran tentera tidak berpencen, Zakaria Manaf, 69, yang menghidap angin ahmar di Taman Desa Rhu, Sikamat di sini hari ini.

Menerusi Program Peduli Veteran (PPV) itu, Adly sebelum itu turut mengunjungi tiga orang lagi veteran tentera yang menghidap strok dan seorang veteran dan merupakan penerima Inisiatif Perumahan Veteran (Bina Baharu).

Untuk rekod, sehingga 31 Mac lalu, data Veteran ATM yang telah berdaftar dengan JHEV, sebanyak 108,589 veteran berpencen, 70,188 veteran tidak berpencen dengan jumlah keseluruhan 178,777 veteran.

Dalam pada itu, Adly menegaskan Kementerian Pertahanan akan terus memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terbela menerusi PPV di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -tentera-meningkat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.412934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list