NORFARAH menewaskan pesilat Singapura Nadrah Sahrin untuk meraih emas dalam kategori bawah 50kg. FOTO Fathil Asri
Phnom Penh: Pesilat muda negara, Norfarah Mazlan mempamerkan aksi cemerlang untuk menghadiah emas buat negara dalam acara silat dalam acara bawah 50kg wanita.
Norfarah mempamerkan aksi tangkas untuk menewaskan lawan dari Singapura Nadhrah Sahrin dengan keputusan 23-16 seterusnya menghadiahkan emas kedua negara dalam acara itu di temasya Sukan Sea Kemboja.
Pesilat dari Sabah itu nyata berada di kelas tersendiri menerusi serangan bertali arus untuk menggagalkan serangan balas Nadhrah di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar D. https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kedua-pencak-silat