CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Johor] Pengasuh ada kes mahkamah kerana mendera sekali lagi disyaki mendera bayi

[Copy link]
Post time 13-5-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Polis menahan seorang wanita dipercayai pengasuh kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan selepas disyaki mendera bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner MS Balveer Singh berkata, wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan semalam di rumahnya di Taman Universiti, Skudai di sini.

"Susulan satu laporan polis yang dibuat ibu bayi berkenaan, kita menahan suspek yang dipercayai pengasuh kepada mangsa.

"Siasatan awal suspek nafi mendera mangsa. Suspek ditahan untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Suspek pernah dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membabitkan penderaan seorang kanak-kanak lain pada 2021 dan kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa pada jam 3.40 pagi semalam yang memaklumkan anaknya didera.

Katanya, kelmarin, ibu mangsa bersama suami membawa bayi itu ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk mendapatkan rawatan pada jam 10.15 pagi.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat beberapa kesan lebam di tubuh mangsa. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditahan di hospital untuk pemerhatian," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... isyaki-mendera-bayi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051420 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list