CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Johor] Johor sasar 'hijaukan' 17 hotspot dadah pada 2026

  [Copy link]
Post time 14-5-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Ling Tian Soon

Muar: Tiada lagi kawasan 'hotspot' dadah pada 2026. Itulah sasaran Johor untuk 'menghijaukan' semua 17 kawasan hotspot yang dikenal pasti di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 155 kawasan hotspot dadah dikenal pasti di seluruh negara dengan 17 daripadanya di Johor.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Johor berjaya menghijaukan tiga kawasan hotspot pada 2022 dan tahun ini, pihaknya mensasarkan kepada lima lagi kawasan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"AADK melalui penguat kuasa menjalankan operasi memusnahkan tempat penjualan, memperkasa komuniti serta pendidikan bagi mencapai sasaran itu.

"Justeru, kami akan menjelajah seluruh daerah dengan stesen pertama di Pontian, Muar, diikuti Batu Pahat," katanya.

Dalam pada itu, Ling yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng menafikan Johor berhadapan isu penyalahgunaan dadah yang teruk.

Katanya, laporan mendedahkan 14,317 individu ditahan disebabkan penyalahgunaan dadah, adalah bilangan tertinggi di negara ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, jika dibandingkan dengan kadar populasi, iaitu orang ditahan dibahagikan jumlah penduduk di negeri ini, Johor berada di tangga ke-10.

"Ia tidaklah seteruk yang diceritakan, namun begitu kami masih terus berusaha memastikan isu penyalahgunaan dadah ditangani dan berusaha untuk membanterasnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pot-dadah-pada-2026
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058083 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list