View: 2058|Reply: 0
|
Malaysia, empat negara kerjasama latihan tentera laut
[Copy link]
|
|
LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan eksesais bersama Tentera Laut United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura melalui Bersama Shield 2023 di Changi Naval Base, Singapura dan perairan Laut China Selatan.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan, hari ini, berkata jalinan kerjasama pertahanan yang berlangsung 27 April hingga 12 Mei lalu itu adalah sebahagian daripada sumbangan TLDM bagi mendokong aspirasi pertahanan negara dalam aspek kebersamaan.
Katanya, eksesais gabungan di antara negara-negara Five Power Defence Arragement (FPDA) ini terus menjadi platform untuk menguji kebolehoperasian aset TLDM bersama Tentera Laut United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura.
"Ini selari dengan asas kesepakatan FPDA yang termeterai sejak 1971, iaitu untuk pertahanan Malaysia dan Singapura, dari ancaman luar, kerjasama dan kesalingoperasian aset TLDM dengan angkatan laut sahabat amatlah penting.
"Bagi merealisasikannya, pelbagai latihan Field Training Exercise dilaksanakan oleh Kapal Diraja (KD) Lekir dan KD Gempita bersama Her Majesty's Australian Ship (HMAS) Aanzac dan Republic Singapore Ship (RSS) Vigilance.
"Dalam meningkatkan persefahaman di antara kapal-kapal terbabit, eksesais dimulakan dengan fasa pelabuhan bagi membolehkan semua perancangan fasa laut dibincangkan oleh tim pemerintah dan dilaksanakan secara 'table-top'," katanya.
Menurut kenyataan itu, beberapa latihan seperti Visit, Board, Search and Seizure (VBSS) dan simulasi peperangan juga dilaksanakan di pelabuhan bagi menentukan segala prosedur difahami oleh semua tentera laut yang terlibat.
"Fasa eksesais di laut dimulakan dengan intensiti yang rendah pada permulaannya di mana hanya membabitkan latihan navigasi dan ilmu kelautan.
"Seterusnya intensiti ditingkatkan dengan latihan peperangan anti udara di mana melibatkan 20 pesawat pejuang, tiga pesawat peronda maritim dan sebuah helikopter Airborne Early Warning angkatan udara FPDA dalam melakukan serangan terhadap konvoi kapal perang secara serentak.
"Peserta Bersama Shield juga berpeluang melaksanakan latihan berbentuk high end warfare yang kompleks melibatkan peperangan atas dan bawah permukaan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|