CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

[Johor] Cuaca panas, 80 peratus ladang ayam di Johor terjejas

[Copy link]
Post time 23-5-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Cuaca panas, 80 peratus ladang ayam di Johor terjejas.

Johor Bahru: Sebanyak 80 peratus ladang ternakan ayam di Johor terkesan dengan fenomena cuaca panas melampau ketika ini.

Ia menyebabkan tumbesaran unggas itu terganggu sekali gus meningkatkan kebimbangan ia mampu menyebabkan kematian besar-besaran ternakan itu.

Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng, berkata ia berikutan kira-kira 400 ladang ayam di negeri ini daripada keseluruhan 500 ladang masih menggunakan sistem ternakan ayam tradisional yang mengamalkan sistem reban terbuka.

Katanya, sistem reban terbuka amat bergantung kepada cuaca semasa, menyebabkan penternak terpaksa menyiram reban dan ternakan unggas mereka dengan air beberapa kali sehari bagi mengelakkan tumbesaran ayam terjejas atau lebih teruk mati.

Beliau berkata, ia berbeza dengan sistem reban tertutup yang lebih moden kerana suhu reban boleh sentiasa dikawal mengikut faktor cuaca menggunakan peralatan moden terutama penyejuk udara khas menggunakan kipas ekzos.

"Suhu ideal untuk ternakan unggas seperti ayam membesar adalah 28 darjah celcius, namun fenomena cuaca panas melampau ketika ini yang puratanya di atas 36 darjah celcius amat menjejaskan 80 peratus ladang ayam Johor berskala kecil dan sederhana yang masih menggunakan sistem tradisional.

"Hanya kira-kira 100 ladang ayam di Johor mengamalkan sistem reban tertutup yang suhu reban boleh dikawal sepenuhnya. Kebanyakan penternak masih belum beralih ke reban tertutup kerana kos operasi yang amat tinggi.

"Tumbesaran ayam juga terganggu ketika ini dengan cuaca panas melampau menyebabkan mereka tidak berselera makan sekali gus penuaian hasil menjadi lebih lambat.

"Biasanya untuk mendapat hasil ayam matang antara 1.8 kilogram (kg) hingga 2 kg untuk pasaran, ia memerlukan tempoh antara 30 hingga 35 hari.

"Namun berikutan fenomena cuaca panas melampau dengan tumbesaran ayam terganggu kerana unggas tiada selera makan, maka untuk tuaian ayam bersaiz 1.8 hingga 2 kg kini mengambil masa lebih lama iaitu antara 36 hingga 43 hari," katanya ketika dihubungi.

Pada 21 April lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dilaporkan menasihatkan penternak ayam di seluruh negara supaya berwaspada susulan Malaysia bakal mengalami cuaca panas terik.

Menerusi hantaran dalam laman sosialnya ,DVS dilaporkan berkata kesan cuaca panas akan mengakibatkan ayam diternak dalam reban terbuka menjadi kurang selera makan, sekali gus menjejaskan tumbesaran unggas itu.

Situasi itu bakal mengancam saiz ayam itu ketika umurnya matang, tidak mencapai berat badan dikehendaki dan senario terburuk dengan kes kematian melonjak.

Justeru DVS dilaporkan menyarankan penternak reban terbuka supaya memantau lebih rapi namun tidak banyak intervensi boleh dibuat kecuali mereka bertukar kepada sistem reban tertutup.

Bagaimanapun sebagai alternatif, penternak perlu memantau sumber air minuman dan memastikan bekalan sentiasa cukup bagi semua ayam diternak berkenaan.

Dalam pada itu, Ka Leng berkata, susulan pembesaran ayam terganggu, ia menyebabkan berlaku penyusutan sebanyak 20 peratus bekalan ayam segar di pasaran.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tidak menjejaskan bekalan ayam segar negara berikutan situasi pembelian bahan mentah itu mengalami kelembapan dan jatuh selepas Aidilfitri lalu.

"Walaupun bekalan ayam segar menyusut sebanyak 20 peratus berikutan cuaca panas melampau, ia masih mampu menampung permintaan dan mencukupi.

"Ia berikutan jualan ayam segar kini lembap dan merekodkan kejatuhan selepas Aidilfitri lalu. Namun jika cuaca panas melampau berterusan hingga hampir Aidiladha pada hujung Jun nanti, penternak risau ia akan mengganggu bekalan ayam di pasaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-di-johor-terjejas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197508 Replies : 4564
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4536 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053937 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list