View: 678|Reply: 1
|
Risau Mata Putih Berubah Jadi Kekuningan, Hati-Hati Ini Tanda Penyakit!
[Copy link]
|
|
Risau Mata Putih Berubah Jadi Kekuningan, Hati-Hati Ini Tanda Penyakit!
Tanda kepada pelbagai jenis penyakit merupakan penyebab mata kuning terjadi kepada golongan dewasa. Ia sebagai tanda terdapatnya gangguan pada organ hati atau hempedu.
Justeru itu, mari ikuti penerangan lanjut di bawah untuk mengetahui penyebab mata kuning pada orang dewasa dengan lebih terperinci.
PENYEBAB MATA KUNING PADA ORANG DEWASA
PUNCA-PUNCA WARNA PUTIH BERUBAH MENJADI KUNING
1. PENYAKIT KUNING
Penyakit kuning merupakan salah satu penyebab mata berubah warna menjadi kuning. Hal ini kerana, ada pengumpulan zat bernama bilirubin dalam aliran darah. Selain itu, terdapat tanda lain disebabkan penyakit kuning ini seperti:
Warna kulit berubah menjadi kuning.
Biasa terjadi pada bayi dan orang dewasa.
Tanda penyakit hepatitis atau kanser pankreas untuk orang dewasa.
2. BATU KARANG
Selain mata menjadi lebih kuning, terdapat gejala lain bagi penyakit batu karang seperti berikut:
Sakit perut di bahagian kanan atas.
Sakit dada.
Mual dan muntah.
3. SIROSIS HATI
Kerosakan organ hati boleh disebabkan terbentuknya rangkaian parut pada organ tersebut yang dikenali sebagai sirosis hati. Gejala sirosis hati selain warna mata jadi lebih kuning adalah:
Ia mempengaruhi fungsi hati.
Penurunan nafsu makan.
Mudah penat.
Penurunan berat badan secara mendadak.
4. GANGGUAN PANKREAS
Selain hempedu, gangguan pada pankreas boleh menjadi penyebab mata berubah warna kekuningan. Hal ini kerana, saluran pankreas dan saluran hempedu saling bergabung dan berperanan untuk mengalirkan hempedu ke usus kecil.
Sewaktu slauran pankreas mengalami jangkitan atau tersumbat, hempedu tidak boleh mengalir dengan baik dan menyebabkan perubahan warna kuning pada mata.
5. GANGGUAN DARAH
Gangguan pada sel darah merah boleh menunjukkan pelbagai gejala, termasuklah mata kuning. Gejala lainnya adalah:
Anemia Hemolitik Autoimun (AHA) – Menyebabkan sistem imun bertindak memusnahkan sel darah merah lebih cepat daripada apa yang badan boleh hasilkan.
Anemia sel sabit – Mempunyai sel darah merah yang berbentuk abnormal disebabkan mutasi genetik.
Reaksi ketidakserasian darah setelah pemindahan darah juga menyebabkan warna mata berubah.
6. KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN
Perubahan warna mata juga boleh muncul sebagai kesan sampingan mengambil ubat-ubatan. Mengambil jenis ubat tertentu dalam jangka waktu panjang boleh menjadi penyebab munculnya keadaan ini.
KESIMPULAN
Mata kuning adalah gejala penyakit yang seeloknya ditangani dengan segera. Apatah lagi, jika keadaan ini muncul bersama dengan gejala penyakit lain seperti:
Demam.
Sakit perut.
Buang air besar berdarah.
Agar diri menjadi lebih sihat dan terhindar dari penyakit yang berisiko, amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang bernutrisi dan aktif bersukan.
Sumber: Halodoc
https://siraplimau.com/penyebab-mata-kuning/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya, ianya samaada cancer, hepatitis, haemolysis dan beberapa hal serious yang lain
ini dipanggil jaundice
|
|
|
|
|
|
|
| |
|