View: 293|Reply: 1
|
Azeem semakin pantas catat 10.04s
[Copy link]
|
|
CATATAN Azeem 10.04s tidak dikira rekod kebangsaan kerana bantuan angin. -FOTO Twitter
Kuala Lumpur: Jaguh lari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya melepasi rekod kebangsaan 10.09 saat (s) dalam acara 100 meter (m) yang diciptanya tahun lalu dengan catatan baru 10.04 s.
Bagaimanapun catatan masa yang dicipta Azeem pada saringan ketiga saingan suku akhir 100m di Kejohanan Kelayakan Persatuan Olahraga Kolej-Kolej Nasional (NCAA) di Florida awal pagi tadi tidak diiktiraf selepas menerima bantuan angin +5.5s.
Mengikut undang-undang olahraga antarabangsa, catatan masa yang menerima bantuan angin +2s ke bawah sahaja yang diiktiraf.
"Terlepas peluang untuk melayakkan diri (Kejohanan Kelayakan NCAA). Walaupun saya tidak dapat layak ke peringkat kebangsaan, saya masih berbangga dengan diri saya.
"Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Musim yang panjang menanti saya selepas ini dan saya akan kembali," tulisnya di Twitter.
Pada aksi saringan ketiga itu, tempat pertama pelumba Louisiana State University, Da'Marcus Fleming dengan catatan masa 9.85s diikuti wakil Virginia Tech, Cole Beck (9.87s) dikedudukan kedua manakala PJ Austin (9.88s) dari University of Florida, ketiga.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pantas-catat-1004s |
|
|
|
|
|
|
| |
|