CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli Pos Brooke, Lojing semakin terhimpit

[Copy link]
Post time 28-5-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Murad menunjukkan kawasan kebun sayur yang dibina di atas bukit berhampiran Kampung Orang Asli. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Ibarat penumpang di tanah sendiri, itu yang dirasakan lebih 4,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke dan Tanah Tinggi Lojing di sini, apabila perkampungan mereka semakin terhimpit susulan pembukaan tanah dan kebun sayur.

Penduduk dari 18 kampung itu berharap pihak berkaitan dapat meluluskan permohonan pewartaan Pembangunan Sosioekonomi Komuniti (PSK) dan menggazetkan tanah Orang Asli di kawasan itu.

Penghulu Kampung Jedip, Nasir Busu mendakwa isu berkaitan tanah Orang Asli sudah berlarutan sejak 2000.

Menurutnya, pada awalnya ia membabitkan tanaman kebun mereka yang terdiri daripada buah-buahan seperti durian.

"Sekitar 2000, kebun kami dimusnahkan untuk pembukaan tanah dan tanaman sayuran. Namun, masalah ini semakin berlarutan dan penempatan kami semakin terhimpit dengan kebun sayur.

"Masalah utama ada empat perkara iaitu tanah, kubur, kawasan tadahan air dan penempatan.

"Jadi empat perkara ini kerajaan negeri kena ambil peka mengenai apa yang dihadapi kami selama ini. Sehingga sekarang tak selesai masalah yang kita mohon dahulu," katanya ketika ditemui di Pos Brooke di sini.

Penghulu Kampung Jekjok, Jubir Sekmo berkata, masalah itu membabitkan 18 kampung Orang Asli antaranya Kampung Jedip, Kampung Sengsang, Kampung Sungai Dekong dan Kampung Sangwai.

"Perkampungan kami kini juga berhadapan risiko tanah runtuh apabila pembukaan tanah berlaku di kawasan berbukit, banyak tanah yang jatuh di kawasan perkampungan.

"Permohonan untuk menggazetkan tanah ini sudah dihantar kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pada 6 Oktober 2020, namun sehingga kini tidak menerima maklum balas.

"Orang Asli Lojing ini tidak ada satu pun tanah yang diiktiraf oleh kerajaan negeri. Saya nak minta perhatian dari kerajaan negeri supaya buka mata dan dengar keluhan kami yang menghadapi bermacam risiko terutamanya bencana alam, tadahan air dan tanaman dimusnahkan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Brooke Murad Mat pula berkata, penduduk tidak menerima notis awal jika ada pembukaan tanah di kawasan perkampungan mereka.

"Apabila projek diluluskan barulah kami diberitahu ada projek akan dilaksanakan di sekitar penempatan kami.

"Minta sangatlah kerajaan negeri gazetkan sempadan tanah Orang Asli dengan syarikat-syarikat ini supaya kehidupan kami yang akan datang terjamin sehingga ke anak cucu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-semakin-terhimpit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199105 Replies : 4661
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11652 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2020 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 9381 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065444 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list