CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Johor] 209 notis kesalahan merokok dikeluarkan

[Copy link]
Post time 29-5-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode

DR MOHTAR (kanan) bersama-sama melakukan pemeriksaan di Taman Abad. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru : Sebanyak 209 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam Operasi Mega Bersepadu, semalam.

Dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini, 426 premis diperiksa.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 126 notis dikeluarkan terhadap kesalahan merokok di premis makanan mengikut Peraturan 11(1)(d), manakala 17 notis kesalahan mengikut Peraturan 13(1) yang dikeluarkan kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang merokok.

"Selain itu, 26 notis kesalahan di bawah Peraturan 12(1)(a) kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis, manakala lima notis kesalahan di bawah Peraturan 8C(1) kerana menjual rokok di bawah harga minimum," katanya ketika ditemui dalam operasi di Taman Abad di sini, semalam.

Menurut beliau, sehingga April 2023, sebanyak 4,106 notis kesalahan telah dikeluarkan berjumlah RM669,300.

"Jumlah notis kesalahan ini meningkat 279 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022 iaitu sebanyak 1,082 notis kesalahan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... merokok-dikeluarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047437 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list