CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki ditahan rompak, cederakan warga emas

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Besut: Wanita warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran cedera selepas kediamannya di Kampung Bukit Kenak, Jerteh, di sini dirompak.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an pada 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa berusia 68 tahun terseliuh tangan kanan dan patah gigi selepas ditolak suspek yang datang dari arah belakang.

"Mangsa tinggal seorang diri dan mengalami masalah penglihatan serta pendengaran disebabkan faktor usia.

"Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan yang tidak berkunci dan mangsa kerugian RM 2,150 (wang tunai)," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Abdul Rozak berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

"Kita juga berjaya merampas wang tunai RM500 serta beberapa biji pil berwarna kemerahan disyaki dadah. Suspek akan dibawa untuk tahanan reman esok (pagi ini)," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ederakan-warga-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056949 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list