|
UMAR cipta sensasi pecah rekod kebangsaan di Sukan Sea Kemboja. -FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Jaguh lari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi nampaknya mahu atlet 400 meter lelaki negara, Umar Osman akan mengikut jejak langkahnya berkelana di bumi Amerika Syarikat (AS).
Hasrat itu disuarakan sendiri pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) itu yang menyuarakan hasrat berkenaan menerusi komen balasnya kepada Umar dalam satu hantaran yang dibuat di laman Instagram miliknya.
"@umarOsman tunggu awak untuk datang ke sini juara," tulis Azeem membalas komen Umar sebelum itu yang mengucapkan tahniah di atas pencapaian dilakar jaguh pecut negara itu sejak berkelana di AS.
Umar sebelum ini mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas 400m lelaki di Sukan SEA Kemboja selain memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 46.34 saat (s) sekali gus mengatasi rekod lama berusia 22 tahun milik Mohd Zaiful Zainal Abidin dengan catatan 46.41s yang dilakukan ketika Kejohanan Olahragha Remaja Asia di Brunei pada 2001.
Susulan pencapaiannya itu, beberapa pihak menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menghantar Umar 'berguru' di AS seperti Azeem bagi menjadikan dia lebih kompetitif dan mampu bersaing di peringkat tertinggi termasuk Sukan Olimpik.
Terdahulu, Azeem, 19, yang kini menuntut dan mengikuti program latihan di Universiti Auburn di Alabama menerusi hantarannya itu, berkata dia meraih pengalaman berharga dalam musim pertamanya bersaing di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) AS.
Katanya, dia selepas ini akan mengalihkan fokus bagi mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Olahraga Asia di Pattaya, Thailand, Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... azeem-harap-umar-ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|