CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 703|Reply: 1

[REALITI TV] Konsep hipster 'booth' ABPBH 35 jadi tarikan

[Copy link]
Post time 2-6-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Konsep hipster 'booth' ABPBH 35 jadi tarikan


Pengunjung yang hadir seawal jam 10 pagi tidak melepaskan peluang singgah di reruai ABPBH 35 untuk bergambar di sudut yang dihiasi dengan motosikal jenis vespa dan barangan antik. - NSTP/Faiz Anuar


KUALA LUMPUR: Sudut fotografi berkonsepkan 'hipster' yang disediakan di reruai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menjadi tarikan pengunjung Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Selangor, hari ini.

Kebanyakan pengunjung yang hadir seawal jam 10 pagi tidak melepaskan peluang singgah di reruai ABPBH 35 untuk bergambar di sudut yang dihiasi dengan motosikal jenis vespa termasuk beberapa barangan antik lain.

Turut diserikan, lampu neon berserta hiasan dedaun hijau menjadikan gambar diambil pengunjung kelihatan lebih memukau.

Tidak kurang, ada ibu bapa memenuhi permintaan anak bergambar di sudut berkenaan, malah turut mendapatkan barangan ekslusif ABPBH 35 seperti kemeja-T berharga RM35, beg boleh lipat (RM25) dan payung (RM32) sebagai kenangan.

Sementara itu, reruai penganjur utama ABPBH 35, Fellera Skin turut dipenuhi pengunjung yang mahu mendapatkan produk jeli ajaib keluarannya, iaitu Bellarossa Advances.



Reruai penaja utama, Fellera Skin menawarkan produk jeli ajaib keluarannya, iaitu Bellarossa Advances. - NSTP/Saifullizan Tamadi


Kebanyakan pengunjung dilihat tertarik dengan kelebihan produk berkenaan selepas mendapatkan penjelasan mengenai khasiatnya daripada wakil penjual.

Pengunjung juga berpeluang bertemu pengasas Fellera Skin, Sharifah Khyra Muhsin bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai barangan dikeluarkan, selain menyertai pelbagai acara menarik.

Biarpun cuaca panas, ia sama sekali tidak menghalang pengunjung memenuhi perkarangan Dataran Karnival Stadium Shah Alam, malah suasananya dijangka lebih 'hidup' pada esok dan lusa.

Terdahulu, selepas hampir empat tahun tidak turun padang bertemu peminat berikutan penularan pandemik COVID-19, jelajah ABPBH 35 kembali mengubat kerinduan peminat.

Peminat berpeluang menyertai pelbagai aktiviti jelajah ABPBH termasuk bertemu calon awal edisi ke-35 yang dilancarkan pada 12 Mei lalu pasti terubat, apatah lagi, program seumpama ini sudah sinonim dengan ABPBH yang mendapat sokongan padu peminat sejak lebih tiga dekad penganjurannya.


Barangan ekslusif ABPBH 35 seperti kemeja-T berharga RM35, beg boleh lipat (RM25) dan payung (RM32) boleh dibeli sebagai kenangan di reruai ABPBH 35 di KJH Selangor Generasi Muda di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Selangor, hari ini. - NSTP/Faiz Anuar


Siri jelajah ABPBH 35 di KJH Selangor Generasi Muda di Shah Alam akan dijayakan calon awal ABPBH 35 iaitu merangkumi gandingan wajah lama dan baharu.

Antara artis dan selebriti yang bakal bertemu peminat adalah bekas Bintang Paling Popular ABPBH iaitu Datuk Aaron Aziz yang meraih trofi dambaan ramai itu sebanyak dua kali iaitu pada 2011 dan 2013 serta Wany Hasrita pada edisi ke-31 pada 2018.

Tidak ketinggalan calon Top 20 iaitu Haiza, Hazama, Khai Bahar, Puteri Sarah Liyana, Shiha Zikir, Ismail Izzani, DJ Sonic dan Black TikTokers.

Kemeriahan siri jelajah lebih dirasakan dengan kehadiran bakat baharu yang makin menyinar iaitu Anna Jobling dan penyanyi muda, Naufal Azrin yang masing-masing tercalon dalam tiga kategori ABPBH 35.

Anna tercalon dalam kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular, manakala Naufal membolosi calon Top 20 dalam tiga kategori iaitu BBNU Lelaki Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular dan Lagu Paling Boom.

Siri jelajah ABPBH 35 di KJH Selangor Generasi Muda turut dihangatkan dengan persembahan istimewa kumpulan Indie baharu dikenali sebagai Les SkinChan.


sUMBER:https://www.bharian.com.my/hibur ... pbh-35-jadi-tarikan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya top 20 pun. Sapa yg undi tu. Seniri undi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.414199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list