View: 257|Reply: 0
|
Verstappen tepis andaian Red Bull akan kuasai keseluruhan musim ini
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN pada sidang media menjelang perlumbaan Grand Prix Sepanyol. -FOTO Reuters
Barcelona: Max Verstappen kembali merangkul kemenangan di tempat kejayaan sulungnya dalam dalam Formula Satu (F1) dan cuba menepis andaian yang mengatakan bahawa Red Bull akan menjadi pasukan pertama yang memenangi setiap perlumbaan dalam satu musim.
Pelumba Belanda itu meraih kemenangan pertamanya pada penampilan sulungnya pada 2016 di Grand Prix Sepanyol selepas dua pemandu Mercedes yang mendahului kejuaraan ketika itu Nico Hamilton dan Lewis Hamilton terbabit dalam kemalangan pada pusingan pembukaan.
Juara bertahan dunia dua kali itu mendahului perlumbaan kejuaraan tahun ini dengan 39 mata di hadapan rakan sepasukanyan Segio Perez menyaksikan Red Bull mendominasi perlumbaan.
Verstappen memenangi empat daripada enam perlumbaan setakat ini sementara Perez memenangi dua perlumbaan selebihnya.
Kombinasi hebat mereka meningkatkan prospek kemenangan walaupun di Manaco Perez terpaksa bermula dari petak belakang apabila dia terbabas ketika pusingan kelayakan dan dia gagal mengutip mata dalam perlumbaan itu.
Bercakap pada sidang akhbar sebelum perlumbaan di Litar de Catalunya, Verstappen memberi tahu mengenai kemalangan rakan sepasukannya dan kesannya terhadap perebutan gelaran.
"Saya fikir ia hanya pasukan, sudah tentu kerana mereka mahu memperoleh lebih banyak mata, tetapi itulah Monaco - ia boleh 'menggigit' anda.
"Saya sendiri pernah berada dalam situasi itu tetapi sekarang dari sudut pandangan saya, itu tidak benar-benar mengubah apa pun," katanya.
"Saya tahu ia adalah kejuaraan yang sangat panjang dan sangat perlukan konsisten. Kami tidak mahu melakukan kesilapan, terutamanya apabila membabitkan satu pasukan, satu lawan yang nyata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... seluruhan-musim-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|