CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

Ducati tak minat sambar Marquez

[Copy link]
Post time 4-6-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode

MARC Marquez. FOTO Agensi

London: Masa depan juara MotoGP enam kali, Marc Marquez mencetuskan perdebatan sejak jentera Honda tidak mampu menandingi jentera Ducati.

Marquez masih berbaki kontrak bersama Honda sehingga akhir musim depan, tetapi dengan usianya yang sudah mencecah 30 tahun, memenangi satu lagi kejuaraan juga bukan jaminan untuknya kekal bersama pasukan itu.

Pengurus besar Ducati, Gigi Dall'Igna ketika ditanya adakah pihaknya berminat mendapatkan khidmat Marquez berkata: "Pertama sekali, saya tidak fikir Marc akan bersetuju untuk berhijrah ke pasukan bukan pengeluar.

"Dia seorang pelumba berstatus bintang dan pastinya mahu layanan setaraf itu.

"Sebaik kembali selepas beberapa bulan tidak aktif, dia berlumba dengan baik bersama Honda, jadi saya akan menunggu sebelum mengatakan bahawa Marc dan Honda akan berpisah selepas 2024.

"Saya percaya ada segala kemungkinan untuk mereka sama-sama meraih kejayaan lagi. Kami pula gembira dengan barisan pelumba sedia ada ketika ini."

Penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia dan rakan sepasukan baharunya, Enea Bastianini kedua-duanya masih mempunyai kontrak sehingga 2024 sebagai pelumba pasukan pengeluar Ducati.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... inat-sambar-marquez
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044776 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list