View: 258|Reply: 0
|
Damok 'unfit' selepas retak tulung rusuk
[Copy link]
|
|
Damok tidak akan beraksi pada perlumbaan esok susulan retak tulang rusuk.
KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman tidak dapat meneruskan aksi di Grand Prix (GP) Itali selepas disahkan 'unfit' susulan kecederaan dialaminya ketika sesi latihan bebas kedua, malam tadi.
Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok terbabas ketika sesi berkenaan dan dilihat melambung ke udara sebelum tertunduk menahan kesakitan. Pelumba berusia 22 tahun yang menyertai musim penuh pertamanya di Kejuaraan Dunia itu kemudian dibawa ke sebuah hospital di Borgo San Lorenzo untuk pemeriksaan lanjut.
Kenyataan susulan daripada MotoGP mengesahkan yang Damok tidak cergas (unfit) untuk meneruskan saingan di Litar Antarabangsa Mugello kerana 'trauma thoracic dan abdominal'.
Damok tidak akan beraksi pada perlumbaan esok susulan retak tulang rusuk.
"Setakat ini Alhamdulillah, saya cuma ada kecederaan pada tulang rusuk saya yang hanya retak," kata Damok. "Saya tak beraksi pada perlumbaan minggu ini dan harap dapat berlumba pada perlumbaan seterusnya. Saya perlu kembali dengan kuat dan pulih secepat mungkin. Saya harap semua mendoakan saya untuk cepat sembuh."
Pada sesi latihan bebas pertama sebelum itu, Damok melengkapkan saingan dengan melakukan catatan sepusingan terbaiknya, 2 minit 00.012 saat untuk berada di tempat ke-26 daripada 29 pelumba.
Damok mampu melakukan 1 minit 59.068s sebelum insiden dialaminya itu merencatkan usahanya untuk memperbaiki catatan.
Pada pusingan sebelum ini di GP Perancis, Damok tidak dapat menamatkan perlumbaan susulan kemalangan ketika sedang memburu kedudukan dalam kelompok 10 terbaik di Litar Le Mans.
Damok ketika ini sudah mengumpul lima mata untuk berada di kedudukan ke-22 daripada 29 pelumba, hasil menerusi penamat di tempat ke-11 di GP Argentina awal April lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -retak-tulung-rusuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|