View: 217|Reply: 0
|
Pecco Bagnaia terus tawan MotoGP
[Copy link]
|
|
Pecco Bagnaia terus tawan MotoGP
BAGNAIA berjaya muncul juara pada GP Itali selepas menawan perlumbaan yang berlangsung di Litar Mugello kelmarin. - AFP
MUGELLO, Itali – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia meraikan kemenangan dihadapan ribuan penyokongnya sendiri selepas melengkapkan kejayaan terbaik sejurus mendominasi perlumbaan Grand Prix (GP) Itali kelmarin.
Kemenangan tersebut disusuli kejayaan menjuarai perlumbaan sprint semalam di Litar Mugello sekali gus meletakkannya kembali selesa dalam pemburuan gelaran dunia apabila berada di puncak carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 131 mata.
Bagnaia yang kini melakar tiga kemenangan dari enam pusingan perlumbaan musim ini meninggalkan pencabar dari pasukan Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi dengan perbezaan 21 mata selepas pelumba Itali itu sekadar menamatkan saingan tempat kelapan.
“Saya tidak menjangkakan perlumbaan seperti ini. Kini tugas saya sudah selesai dan mari kita memberi tumpuan pada perlumbaan di Jerman minggu depan.
“Tetapi, terlebih dahulu saya mahu menikmati kemenangan ini kerana ia adalah hujung minggu terbaik dalam hidup saya,” kata Bagnaia.
Pada saingan tersebut, pelumba Red Bull KTM, Jack Miller bermula dengan cemerlang barisan hadapan, tetapi bekas rakan sepasukannya, Bagnaia terus menekan untuk mendahului semula perlumbaan tersebut.
Tidak lama kemudian dua pelumba Pramac Racing memastikan tempat kedua dan ketiga menjadi milik mereka apabila Jorge Martin yang memulakan saingan di petak kelima berjaya memastikan tempat kedua miliknya dan Johann Zarco melengkapkan podium.
Sementara itu, Marc Marquez yang memulakan perlumbaan di petak kedua terus kecewa apabila gagal menamatkan saingan selepas terjatuh pada pusingan keenam. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... terus-tawan-motogp/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|