View: 459|Reply: 0
|
Mencuri Ketika Kecil, Tidak Ditulis Dosa Tapi Wajib Ganti
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak yang pernah mencuri sebelum akil baligh hukumnya adalah tidak haram (tidak tertulis dosanya) kerana belum lagi mukhallaf namun perbuatan dan nilai kerugian itu wajib diganti.
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, nabi pernah berkata dalam riwayat baginda sebelum ini iaitu ada tiga golongan yang melakukan perkara dosa namun tidak ditulis dosanya adalah termasuk kanak-kanak.
“Tidak kiralah dia mencuri sekeping atau tiga bekas biskut sekali pun, perkara itu tetap haram tetapi dosa kelakuannya tidak akan ditulis sehinggalah mereka ini baligh.
“Setelah baligh segala dosa yang dilakukan ketika itu akan mula ditulis, mencuri satu dosa akan ditulis satu, mencuri dua dosa akan ditulis dua.
“Tetapi perlu diingat hal itu perlu dibayar dan diganti balik, sebagai contoh ibu bapa dia tahu anak dia mencuri jadi ibu bapa itu perlu ganti atau hantar balik barang itu kepada tuan yang dicuri itu tadi,” jelasnya.
Tambah Azhar lagi, jika kanak-kanak yang mencuri itu tadi teringat tentang kelakuan mencurinya selepas dia dewasa maka, wajib ke atasnya untuk mengganti atau membayar balik harga yang sepatutnya kepada waris tuan yang menjadi mangsa curi itu.
“Walaupun tuan atau mangsa curi itu tadi sudah meninggal, wajib ke atasnya untuk menganti atau membayar balik nilai yang sepatutnya kepada waris mangsa.
“Ramai yang kata pergi sedekah di masjid, perlakuan itu adalah haram dan tidak sah. Perlu dan wajib cari dan beri kepada waris dan maklumkan kepada mereka ini harta yang dicuri sebelum ini,” jelasnya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|