CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cerun runtuh, sebahagian laluan ditutup kepada semua kenderaan

[Copy link]
Post time 10-7-2023 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-7-2023 09:21 PM

Cerun runtuh, sebahagian laluan ditutup kepada semua kenderaan



Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



KEADAAN runtuhan cerun di jalan mengelilingi pulau di Balik Pulau-Teluk Bahang. FOTO Ihsan PDRM




Balik Pulau: Sebahagian jalan mengelilingi pulau, di Balik Pulau - Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan dan orang awam bermula hari ini susulan kejadian cerun runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang berkata, penutupan sebahagian laluan itu adalah sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.


"Penutupan ini susulan kejadian cerun runtuh akibat hujan lebat yang berlaku sejak 1 Julai lalu.

"Ia ditutup kepada semua kenderaan dan orang awam bermula hari ini sehingga diberitahu kelak bagi menjamin keselamatan," katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Menurut kenyataan itu, hanya penghuni dan pekebun yang tinggal di kawasan itu dibenar menggunakan laluan terbabit.

Katanya, papan tanda akan dipasang di kawasan tapak bagi panduan pengguna jalan raya.

"Diharap semua pengguna dan orang awam mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan serta memberi kerjasama.

"Pengguna dinasihati merancang perjalanan dan laluan alternatif lain," katanya.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Pejabat JKR Daerah Barat Daya di talian 04-866 9040 atau laman sesawang aduan http://aduan.jkr.gov.my.



Disiarkan pada: Julai 10, 2023 @ 8:49pm




sumber








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 1.114388 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list