CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Johor] Kerana tembak lima lembu, Midon didakwa mahkamah

[Copy link]
Post time 12-7-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Jasin: Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan menembak mati lima lembu yang menceroboh kebun sawitnya di Felda Bukit Senggeh di sini, April lalu.

Tertuduh, Midon Lambak, 79, membuat pengakuan itu sejurus dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menembak mati lima lembu menggunakan senapang patah di kebun Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Asahan di sini, pada 15 April lalu, kira-kira 7.30 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39(a) Akta Senjata 1960, sabit kesalahan boleh dihukum maksimum setahun penjara atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, pada masa, tempat dan tarikh sama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor lembu yang bernilai RM5,000 sehingga menyebabkan kematiannya.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-dua, jika disabitkan.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman pada 17 Julai depan bagi membolehkan pendakwaan menyediakan barang kes itu senjata digunakan.

Siasatan polis mendapati tertuduh bertindak demikian kerana berang apabila lembu-lembu itu dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan oleh pemiliknya sehingga merosakkan tanamannya beberapa kali.

Tertuduh juga dikatakan sudah memaklumkan perkara namun tidak diambil tindakan oleh pemiliknya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib yang melakukan pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana tidak bekerja dan tinggal seorang diri.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... on-didakwa-mahkamah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044372 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list