|
Hironobu Yoshimura (dua dari kanan) ketika Majlis Pelancaran Honda WR-V di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR – Honda Malaysia melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, WRV pada harga bermula RM89,900.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura, empat varian ditawarkan sebagai pilihan seperti RS, V, E dan S.
Katanya, model terbaharu itu menggunakan enjin 1.5 liter dan transmisi CVT yang mampu menawarkan kuasa maksimum 121PS dan tork tertinggi 145Nm.
“Sebelum pelancaran, kami telah membuka tempahan untuk WR-V pada Jun 2023. Kami berbesar hati mengumumkan bahawa WR-V ini telah menerima lebih 2,500 tempahan dalam masa sebulan sahaja.
“Bagi menambah WR-V itu tampak lebih bergaya, varian RS hadir dengan gril gaya berwarna krom perak, hiasan bawah bertona perak cerah dan rim aloi bersaiz 17 inci.
“Model itu turut menarik perhatian dengan aspek kelepasan permukaan (ground clearance) setinggi 207 milimeter (mm), mengatasi kenderaan dalam kategori lebih tinggi,” katanya pada Majlis Pelancaran Honda WR-V di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Tambahnya, aspek keselamatan kekal menjadi l keutamaan Honda dan WR-V hadir dengan ciri-ciri keselamatan canggih seperti Honda LaneWatch pada semua varian dan Honda SENSING yang mengandungi lapan ciri keselamatan.
“Antara ciri-ciri keselamatan itu seperti Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification), Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control), Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning).
“Sistem brek mitigasi pelanggaran, sistem bantuan kekal lorong, sistem mitigasi keluar dari jalan, amaran keluar lorong dan lampu tinggi auto.
Jelasnya sebagai tambahan varian RS turut dilengkapi dengan Honda Connect untuk menyediakan keselamatan, sekuriti dan keselesaan untuk para pemilik kenderaan itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ga-bermula-rm89900/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|