CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Sama-samalah kita pelihara kemuliaan ayat suci daripada dihina orang yang jahil' - Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 15-7-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
'Sama-samalah kita pelihara kemuliaan ayat suci daripada dihina orang yang jahil' - Mufti Pulau Pinang


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor




Georgetown: "Perbuatan membiarkan ayat suci al-Quran di tempat kotor tidak sepatutnya berlaku," kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, susulan tular gambar dua kepingan batu tertera tulisan Jawi dijadikan pelapik tidur anjing di sebuah premis perkakasan di Teluk Ayer Tawar, Butterworth di sini, baru-baru ini.

Wan Salim berkata, perbuatan membiarkan ayat suci berada di tempat yang tidak sesuai, apatah lagi di tempat yang kotor, tidak sepatutnya berlaku di depan mata orang Islam.

"Jika sesiapa yang melihat ayat al-Quran diletakkan di tempat sedemikian maka wajib dia memungut dan meletakkannya di tempat yang bersih serta sesuai dengan kemuliaannya.

"Umum mesti mengetahui bahawa dalam kehidupan ini, terdapat perkara suci (muqaddasat) yang perlu dihormati terutama membabitkan nama Allah SWT, kitab suci, buku agama serta tulisan dalam bahasa Arab dan Jawi," katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, sekiranya bahan itu tidak boleh dimanfaatkan lagi kerana sudah lusuh atau usang, maka ia hendaklah dilupuskan dengan cara dibakar manakala abunya dikambus dalam bumi, dihanyut ke sungai atau dibuang ke laut.

"Sehubungan itu, sama-samalah kita memelihara kemuliaan ayat suci daripada dihina orang yang jahil," katanya lagi.

Terdahulu, polis sudah membuka siasatan berhubung gambar tular terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, tiga keping gambar dikesan tular di Facebook Kementerian Netizen Malaysia, sejak dua hari lalu.




Disiarkan pada: Julai 15, 2023 @ 12:54pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2023 01:36 PM | Show all posts






Gambar tular menunjukkan batu tertera tulisan jawi dijadikan pelapik tidur anjing bagaimanapun hasil lawatan polis ke tempat kejadian mendapati kepingan batu itu sudah tiada di lokasi yang ditularkan.

kredit - BH





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073145 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list