CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 2

[Pulau Pinang] Pelabur minat dengan graduan tempatan - PM

[Copy link]
Post time 16-7-2023 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Pelabur minat dengan graduan tempatan - PM


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 16, 2023 @ 4:45pm [email protected]






KEPALA BATAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, graduan anak muda tempatan mempunyai kepakaran yang menarik minat pelabur syarikat berteknologi tinggi untuk datang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, masih ada perkara perlu ditingkatkan dalam memberi keyakinan kepada pelabur, khususnya penguasaan dalam bidang kemahiran.

Dalam pertemuan dengan beberapa pelabur termasuk rundingan maya bersama jutawan Elon Musk yang juga peneraju kenderaan elektrik Tesla, Anwar berkata antara maklum balas diterima ialah graduan Malaysia mempunyai kepakaran termasuk mahir menguasai pelbagai bahasa.

"Ramai pelabur mengatakan anak-anak kita (graduan tempatan) mempunyai kepakaran dan kelayakan begitu handal, berdisiplin dan menguasai pelbagai bahasa yang mana menjadi satu kekuatan.

"Mereka (pelabur) kata dalam pengalaman di puluhan negara dalam dunia, mereka bangga dengan disiplin kejuruteraan teknologi anak-anak Malaysia.

"Baik dari Geely (syarikat dari China yang melabur dalam Proton), Aramco (syarikat minyak dari Arab Saudi) dan terbaharu Tesla (pembuat kenderaan elektrik) yang bercadang buka ibu pejabat di Cyberjaya.

"Mereka akui kepakaran anak-anak kita tetapi ada yang perlu ditingkatkan lagi iaitu kemahiran," katanya berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa-Sesi Bual Bicara Komuniti TVET di Bertam Square di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan berhasrat memperkasakan Institusi Pendidikan Latihan dan Vokasional (TVET) dengan memperuntukkan RM6.8 bilion setahun.

Tegasnya, TVET bukan bidang kelas kedua seperti yang difikirkan sesetengah orang, malah hampir 93 peratus lepasan bidang kemahiran memperoleh pekerjaan dengan gaji mencecah RM2,000 sebulan.

"Kalau kita mulakan usaha mempertingkatkan dan memperkasakan jurusan TVET termasuk meningkatkan gaji yang sepatutnya diterima mereka, saya yakin minat generasi muda kepada jurusan TVET dengan sendirinya akan meningkat.

"Perlu ada beberapa perubahan dalam kementerian terbabit yang perlu menerima kenyataan cara dan kaedah lama harus diubah suai supaya latihan TVET memenuhi keperluan industri.

"Pensyarah di institusi TVET turut berperanan penting untuk meningkatkan mutu dan latihan akhir jurusan TVET," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasarkan lulusan TVET mampu menerima gaji antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan supaya ia menjadi pendorong lebih ramai anak muda memiliki kemahiran industri.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) melawat pameran sempena Ekspo TVET@KKDW di Bertam Square, Kepala Batas. - NSTP/DANIAL SAAD

sumber







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2023 07:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2023 07:54 PM | Show all posts
Di mana saya khianat Melayu dan Islam, soal Anwar


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 16, 2023 @ 6:58pm [email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama hadirin pada Majlis Penutup Seminar Malaysia MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang - Foto NSTP/DANIAL SAAD




KEPALA BATAS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya kepada pengkritiknya apa tindakannya yang dikatakan mengkhianati orang Melayu dan agama Islam sepanjang lapan bulan mentadbir negara.

Anwar berkata, tidak benar jika diandaikan sokongan kepada Ahli Parlimen Batu Kawan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai satu pengkhianatan.

Katanya, sokongannya itu berikutan beliau harus menerima keadaan geopolitik dan realiti sebenar di negeri itu.

"Ini kerana, saya mahu negara ini aman, semua negeri lain orang Melayu Islam pegang (ketuai), semua perjawatan utama Agong, Perdana Menteri, Menteri kewangan, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara , Gabenor (Bank) Negara semua orang Melayu dan Islam pegang.

"Jadi, selamatkan negara ini, jangan izinkan ada permusuhan dan rusuhan kaum yang menyebabkan kita kembali runtuh kerana nilai kita dan kedangkalan ilmu kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Seminar Malaysia Madani Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang .

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menyedari ada pihak yang tidak senang apa yang disampaikannya namun bersedia memperbaiki segala kelemahan sekiranya ada.

Menurutnya, sepanjang lapan bulan mentadbir beliau menjaga amanah yang diberikan tidak seperti mana fitnah yang mengatakannya mengecilkan serta mengkhianati Islam dan bangsa Melayu.

"Di persekutuan (Kerajaan Persekutuan) kalau apa-apa yang rasa belum cukup saya lakukan atau ada kelemahan saya sedia baiki.

"Saya tak akan berkompromi atau khianati amanah (seperti) mencuri wang negara dan amalan rasuah dalam menguruskan negara, walaupun cara saya sampaikan tak disenangi, saya pakai capal ada yang tak setuju, pakai baju samping dalam tak elok, itu takpa.

"Tetapi ada satu perkara yang tak boleh pertikai adalah saya tak guna kuasa sebagai PM dan Menteri Kewangan untuk curi duit negara, untuk zalim kepada rakyat, untuk khianati amanah dan seperti mana difitnah mengecilkan, mengkhianati Islam dan bangsa Melayu," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.172006 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list