CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 2

Polis Tahan Perompak Miliki 13 Rekod Jenayah Pecah Rumah

[Copy link]
Post time 17-7-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Polis sekali lagi menahan seorang lelaki dengan 13 rekod jenayah pecah rumah selepas disyaki memecah masuk sebuah kediaman di Taman Bukit Kaya, di sini, 2 Julai lalu.


Dalam kejadian jam 10 pagi, suspek berusia 45 tahun dikatakan melarikan wang tunai dan barang berharga dianggarkan bernilai RM3,000.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil siasatan awal, pihaknya mendapati suspek dipercayai terbabit dengan lima lagi jenayah sama di daerah ini.





SEBUAH kereta dan pelbagai mata wang dirampas daripada suspek yang disyaki terbabit dengan kejadian pecah rumah di daerah Seremban. FOTO ihsan polis





"ada 2 Julai lalu, polis menerima laporan di Balai Polis Jalan Campbell mengenai sebuah rumah dipecah masuk dan wang tunai serta barang berharga dicuri.


"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban menahan seorang suspek di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.


"Kami turut merampas kereta jenis Toyota Vios dipercayai digunakan ketika kejadian dan pelbagai mata wang," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 13 rekod jenayah pecah rumah dan satu rekod dadah.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Dengan tangkapan ini, kami percaya dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah di sekitar Seremban," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 06:39 AM | Show all posts
Xleh ke org2 yg dh bnyk kali buat kes sama mcm ni duduk lama sikit dlm penjara tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tak serik2 pelaku ni…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033284 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list