CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan Pulau Pinang tetap tunai janji manfaat PSI

[Copy link]
Post time 26-7-2023 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pulau Pinang tetap tunai janji manfaat PSI

26 Julai 2023  07:48pm





Kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemberian pakej SIMP berkaitan projek PSI kepada nelayan di negeri itu.




GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemberian pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) berkaitan projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) kepada nelayan di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata, pakej yang dijanjikan kepada nelayan berkelayakan itu diteruskan walaupun skop PSI telah dikurangkan kepada Pulau Silikon sahaja.

"Kerajaan negeri selaku pemilik projek itu telah membuat keputusan tersebut dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 21 Jun lepas untuk mengekalkan pakej SIMP seperti yang telah diumumkan kepada nelayan dahulu.

"Keputusan ini bermakna pakej SIMP yang telah dijanjikan kepada nelayan tahap 1 dan 2 tidak berubah iaitu tekong dan awak-awak dari unit Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul tetap layak menerima manfaat untuk nelayan iaitu bantuan bot dan enjin serta jeti. Jumlah bantuan sagu hati juga tidak berubah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kerajaan negeri hari ini telah menyerahkan tujuh bot dan enjin baharu bernilai RM560,000 kepada kumpulan kedua nelayan dari unit Permatang Tepi Laut dan Teluk Kumbar yang terlibat dalam projek tambakan PSI.

Mohd Sayuthi berkata, program bantuan bot dan enjin di bawah skim SIMP, dirangka khas untuk nelayan dari kawasan PSI, tetap dilaksanakan secara berfasa walaupun kerja penambakan belum bermula.

Beliau berkata, pemberian bot dan enjin baharu serta peralatan lain seperti robot, sonar dan sistem kedudukan global (GPS) di bawah skim SIMP bertujuan memperkasa nelayan selatan Pulau Pinang yang bergantung kepada bot dan enjin untuk mencari pendapatan.

"Kerajaan negeri juga mengambil kira keadaan nelayan yang memerlukan bot yang lebih besar dan enjin yang lebih berkuasa untuk bergerak dengan lebih pantas serta bekerja dengan lebih selamat di kawasan penangkapan ikan yang terletak jauh dari tapak PSI," katanya.


Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengambil kira bahawa nelayan berdepan kos yang amat besar sekiranya mereka perlu membaiki bot lama atau membeli bot baharu. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.084783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list