CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1637|Reply: 0

[Politik] NEKMAT ikrar nelayan hindari ketirisan subsidi diesel

[Copy link]
Post time 30-7-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
NEKMAT ikrar nelayan hindari ketirisan subsidi diesel


Ahli NEKMAT melafaz ikrar pada Program Advokasi Anti Rasuah hari ini. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi


KUALA LUMPUR: Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) mengingatkan ahlinya supaya tidak terbabit rasuah dan salah guna kuasa seperti penyelewengan subsidi diesel.

Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT, Abdul Hamid Bahari, berkata walaupun rasuah dan penyelewengan dalam kalangan nelayan tidak serius, mereka tetap perlu diingatkan kerana sentiasa terdedah ketirisan diesel subsidi.

Katanya, setakat ini daripada 108 persatuan nelayan seluruh negara, belum ada tangkapan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan nelayan.

"Kita jangan mementingkan diri sendiri. Kalau bukan milik kita, jangan ambil. Kita perlu jaga subsidi minyak kerana ini milik orang ramai dan kerajaan," katanya ketika Program Advokasi Antirasuah hari ini.

Turut hadir sama, Penguat Kuasa Cawangan Sosio-budaya dan Politik (CSBP), Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS) SPRM, Kho Lee Yee dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Hamdan Mamat serta 168 perwakilan seluruh negara.

Abdul Hamid berkata lagi, Penganjuran program seperti ini adalah penting bagi NEKMAT sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan bagi mengurus dan menjaga kepentingan nelayan untuk mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap rasuah.


SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... isan-subsidi-diesel

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.187654 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list