View: 2432|Reply: 2
|
[Tempatan]
Tujuh pendatang asing masuk Sarawak diusir balik ke Indonesia
[Copy link]
|
|
Tujuh pendatang asing masuk Sarawak diusir balik ke Indonesia
https://www.bharian.com.my/berit ... -balik-ke-indonesia
Julai 31, 2023 @ 11:04am
Kesemua tidak memiliki pasport atau pas kerja di Malaysia masuk secara haram melalui lorong tikus. - Foto ihsan FB Divisyen Pertama Infantri Malaysia
KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan tujuh warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini secara haram melalui jalan tikus di sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan Biawak di daerah Lundu, kira-kira 100 kilometer dari sini, semalam.
Menurut kenyataan Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) hari ini, kesemua mereka yang berusia antara 31 dan 46 tahun itu terdiri daripada enam lelaki, dan seorang lagi wanita itu ditahan dalam operasi Op Awas/Keris Parang, semalam.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki pasport atau pas kerja di Malaysia itu telah masuk secara haram melalui lorong tikus," katanya.
Sejumlah wang tunai, sebuah motosikal dan seunit telefon bimbit yang keseluruhannya bernilai RM10,392 turut dirampas sebelum kesemua pendatang tanpa izin itu diusir balik melalui Pos Kawalan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) di Kumba Semunying.
"Laporan polis berkaitan pengusiran tersebut telah dibuat di Balai Polis Lundu," menurut kenyataan itu.
Operasi itu adalah sebahagian dari usaha berterusan TDM dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan pendatang tanpa izin dan mengelakkan berlakunya jenayah rentas sempadan. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Cenggitu je. Nnt lg ramai masuk lepas kota nusa bangsa bukak nnt |
|
|
|
|
|
|
| |
|