“Ni Orang Panggil ‘Empty Barrel’…” – TMJ Tempelak Pemilik Kereta Mewah Buat Pasal
Kan TMJ dah bersuara. Siapa tak bengang bila ada sekumpulan pemandu kereta yang berlagak samseng atas jalan raya tanpa hiraukan keselamatan orang lain. Macam yang berlaku baru-baru ni bila ada beberapa kereta mewah jenis Lamborghini telah memotong kenderaan lain tanpa hiraukan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Video aksi berbahaya itu tersebar dan pihak polis telahpun menyita lima buah Lamborghini dan memulakan siasatan. Kejadian ini berlaku di Lebuh Raya Senai – Desaru, Kota Tinggi Johor.
Apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bengang dengan kumpulan ini. Kata TMJ mereka ini umpama tin kosong dalam ruangan komen di sebuah platform media sosial.
Ni orang panggil emptu barrel (tin kosong). Always make more noise. Dah macam jakun dapat basikal, turun bukit pun kayuh. Mungkin nak kena ajar macam mana nak hormat orang ramai.