CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guan Eng syor cuti khas 12 Ogos untuk keluar mengundi

[Copy link]
Post time 2-8-2023 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Guan Eng syor cuti khas 12 Ogos untuk keluar mengundi


Oleh Nur - Ogos 2, 2023 @ 7:41am



Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berucap pada Pelancaran Manifesto Perpaduan dan Pengenalan Calon Perpaduan, malam tadi. Foto BERNAMA



BUTTERWORTH: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mengesyorkan supaya 12 Ogos ini diisytihar sebagai cuti khas di Pulau Pinang bagi memudahkan rakyat menjalankan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan beliau bimbang peratusan keluar mengundi nanti tidak seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu yang menyebabkan keputusan tidak berpihak kepada gabungan PH dan BN.

"Kita kena ambil berat, suka tak suka, rela tak rela kita kena terima hakikat iaitu kita bimbang tentang peratusan keluar undi, kalau peratusan keluar undi tidak seperti PRU15, kita bimbang mungkin keputusan tak memihak kepada pihak kita.

"Oleh sebab itu, kita kena pastikan semua penyokong kita dapat kembali (balik) untuk buang undi. Sungguhpun ada yang tak berapa rela, kita mesti yakinkan mereka dan saya harap manifesto (yang diumumkan malam tadi) dapat yakinkan penyokong kita dari luar untuk pulang membuang undi.

"Itu juga sebabnya saya ingin minta daripada rakan saya, Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang) untuk membolehkan rakan-rakan kita pulang dan membolehkan yang ada di sini boleh buang undi dengan kita harus isytiharkan hari pembuangan undi pada 12 Ogos ini sebagai satu cuti khas untuk Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu menyuarakan cadangan berkenaan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Hampir keseluruhan pimpinan tertinggi dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terdiri daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, hadir pada majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan memandangkan pemberian cuti seumpama itu bukanlah diberikan setiap tahun.

"Ini (cuti khas) bukanlah setiap tahun (diberikan) dan dalam tempoh lima tahun hanya sekali sahaja (cuti seumpama ini diberikan).

"Kita harus berikan segala kelonggaran untuk membolehkan sistem demokrasi dan rakyat menggunakan hak mereka membuang undi dengan sepenuhnya," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.599944 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list