CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 1

[Pahang] Bersyukur Allah beri peluang 'kedua' untuk hidup

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode

SABUDIN (kiri) dan Muhamad Hafizi bersyukur terselamat selepas bot mereka karam di perairan Kuala Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: "Saya hanya ingat Allah SWT dan sentiasa berdoa semoga diselamatkan, lapan jam terapung di laut dengan hanya berpaut pada tong minyak selepas bot karam dipukul ribut," kata nelayan Sabudin Panoh, 50.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, bot yang dinaiki tiga nelayan warga Thailand karam selepas dipukul ribut dan angin kencang kira-kira 30 batu nautika di perairan Kuala Pahang, Pekan.

Dalam kejadian itu, Sabudin dan Muhamad Hafizi Awang Kecil, 30, selamat selepas masing-masing berpaut pada tong minyak sebelum diselamatkan nelayan Vietnam.

Seorang lagi mangsa yang juga tekong bot, Mat Riffin Awang Kecik, 66, masih hilang.

Menceritakan kejadian, Sabudin berkata, dalam keadaan cemas itu dia dan Muhamad Hafizi sempat berpaut pada tong minyak bot bagi menyelamatkan diri, Mat Riffin berada di anjungan bot.

"Kejadian berlaku begitu pantas, sebelum bot kami karam saya mendengar Mat Riffin melaungkan takbir, selepas itu kami terpisah dibawa arus air laut dan tidak dapat dikesan hingga hari ini," katanya ketika ditemui di jeti nelayan Kampung Peramu, di sini hari ini.

Sabudin berkata, selepas diselamatkan nelayan Vietnam, dia dan Muhamad Hafizi diserahkan kepada nelayan tempatan di perairan Pulau Tioman selepas dua hari bersama mereka.

"Saya bersyukur Allah SWT yang memberi peluang kedua kepada saya untuk hidup. Saya berdoa semoga Mat Riffin ditemukan, tidak kira hidup atau sebaliknya," katanya.

Muhamad Hafizi yang terselamat dalam kejadian turut bersyukur terselamat dalam kejadian itu.

"Sepanjang lapan jam terapung di laut, saya hanya memakai seluar sahaja. Saya sentiasa ingat Allah SWT dan tidak putus berdoa supaya dapat diselamatkan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-kedua-untuk-hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 07:52 PM | Show all posts
mereka nelayan thailand kan... baik juga nelayan vietnam tolong selamatkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.782344 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list