CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7424|Reply: 0

[Kedah] Bunyi hon panjang gagal selamatkan pemandu pikap

[Copy link]
Post time 10-8-2023 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Bunyi hon panjang gagal selamatkan pemandu pikap


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



LORI membawa muatan batu yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Sungai Semiar. FOTO Ihsan PDRM.




Sik: Seorang pemandu lori sempat membunyikan hon panjang sebaik melihat sebuah pikap Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki memasuki laluan bertentangan di Jalan Kampung Sungai Semiar, hari ini.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila kedua-dua kenderaan itu berlanggar menyebabkan pemandu pikap itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku jam 12.15 tengah hari tadi membabitkan dua kenderaan itu dari arah bertentangan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan batu yang dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dari kuari Kampung Semiar menghala ke Aman Jaya, Sungai Petani.

"Kenderaan pikap yang dipandu pekerja ladang, Mohd Hisyam Abdul Malek, 32, pula dari arah bertentangan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori itu melihat pemandu pikap itu masuk jalan bertentangan menyebabkan dia membunyikan hon panjang sambil membrek.

"Pemandu lori itu juga cuba mengelak ke kiri bahu jalan tetapi berlanggar juga di bahagian hadapan sebelah kanan pikap berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata, akibat perlanggaran itu, lori terbabit yang mengelak ke kiri jalan dipercayai terbalik di dalam cerun dan kenderaan pikap itu pula terlanggar sebatang pokok di sebelah kanan.

Beliau berkata, mayat pemandu pikap itu kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

"Pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Ogos 10, 2023 @ 5:44pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.915335 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list