CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1375|Reply: 0

[Kedah] Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah penggal kedua

[Copy link]
Post time 14-8-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-8-2023 11:07 AM

Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah penggal kedua


Ogos 14, 2023 @ 10:39am



ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini. - Foto Bernama



ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini pada 10.15 pagi ini.

Muhammad Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Beliau sebelum ini adalah Menteri Besar Kedah yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.

Pada PRN kali ini, Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Dilahirkan pada 4 Ogos 1974, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak antara 2008 hingga 2013.

Beliau mula menjadi calon dalam pilihan raya ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) di kerusi DUN Belantek, namun tewas kepada calon BN Datuk Mohd Tajudin Abdullah dengan majoriti 252 undi.

Pada PRU14, beliau bertanding di DUN Jeneri dan berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) dengan majoriti 2,455 undi.

Muhammad Sanusi yang berkelulusan ijazah dari Universiti Sains Malaysia mendirikan rumah tangga bersama Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh dan dikurniakan lima anak. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.345534 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list