CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1511|Reply: 0

[Pahang] Hidap angin ahmar tidak halang meriah Hari Kebangsaan

[Copy link]
Post time 15-8-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode

Wan Rahimi Wan Mokhtar 61, atau lebih dikenali sebagai Mie Merdeka, ketika ditemui di rumahnya di Kempadang. Beliau yang menghidap angin ahmar, menjadikan hiasan Jalur Gemilang di rumahnya sebagai terapi selain menyemarakkan suasana untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG

Kuantan: Lebih dua dekad lalu, Wan Rahimi Wan Mokhtar tidak pernah terlepas untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menghias Jalur Gemilang di kedai makan miliknya.

Namun, tahun ini suasana agak berbeza apabila dia hanya mampu menghias Jalur Gemilang bagi sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di rumahnya di Kempadang, di sini.

Ini kerana penyakit angin ahmar yang dihidap lelaki berusia 61 tahun itu sejak Disember 2021 membataskan pergerakan untuk meneruskan kreativitinya setiap kali menyambut bulan kemerdekaan.

"Sebelum ini saya menghias kedai makan di Peramu setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, tetapi disebabkan menghidap angin ahmar, saya tidak lagi berniaga dan hanya mampu menghias Jalur Gemilang di rumah bagi menghiburkan hati.

"Bagi saya, ia juga terapi buat diri dan tidak hanya duduk sahaja di rumah tanpa membuat apa-apa.

"Bagi tahun ini, saya memperuntukkan RM1,000 bukan sahaja mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang, malah mural Jalur Gemilang turut dilukis pada pagar rumah," katanya.

Wan Rahimi berkata, semangat patriotisme yang menebal dalam dirinya memberikan kekuatan kepadanya untuk menyambutnya dengan penuh kebanggaan sebagai anak Malaysia.

Katanya, segalanya dilihat sebagai sumber kekuatan dan percaya mampu untuk menarik rakyat Malaysia untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

"Saya percaya dengan melakukan aktiviti seperti menghias Jalur Gemilang ini membantu memulihkan penyakit angin ahmar.

"Setakat ini, pemulihan penyakit ini sudah melebihi 60 peratus dan saya bersyukur kerana boleh berjalan dan memandu kereta berkat daripada sokongan keluarga dan rakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iah-hari-kebangsaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.073818 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list