CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 0

[Kedah] Bekalan kurang punca harga ayam naik - Pembekal

[Copy link]
Post time 15-8-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Wan Mohamad Afiq menunjukkan ayam segar yang dijual pada harga RM9 sekilogram di Pasar Besar Alor Setar. (Gambar kecil: Mazlina)



ALOR SETAR - Bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lalu menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga 9.28.

Pembekal dan peladang ayam, Mazlina Kamarudin berkata, harga ayam terpaksa dinaikkan untuk menampung kos operasi selain mengelakkan kerugian kepada penternak.

"Bukan saja-saja kami naikkan harga ayam, kami terpaksa untuk mengelakkan kerugian berterusan yang akhirnya boleh sebabkan ladang ditutup.

"Bagaimana pun saya berpendapat harga ini masih relevan dan tidak melepasi harga siling RM9.40 yang ditetapkan kerajaan," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Beliau yang merupakan Pengarah Urusan Bismi Empire berkata, harga ayam sebelum ini lebih rendah kerana berlaku lambakan ayam selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

"Selepas raya haji permintaan ayam mentah agak perlahan, sehingga sebabkan pihak ladang mengambil keputusan untuk menurunkan harga untuk mengatasi lambakan.

"Jadi penternak tawarkan harga yang lebih murah untuk mengosongkan ladang dengan cepat," katanya.

Mazlina yang mempunyai 18 ladang ternakan ayam berkata, kadar penurunan tersebut sebenarnya merupakan kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak.



“Kalau kita biar ayam-ayam ini di dalam ladang, kos kerugian adalah lebih tinggi kerana mereka perlu diberi makan setiap hari dan bila ayam semakin besar, ia susah untuk dijual selain ladang menjadi sesak," katanya.

Sementara itu, peniaga ayam di Pasar Besar Alor Setar, Wan Mohamad Afiq Wan Ahmad Fauzi, 26 berkata, walaupun harga ayam dinaikkan namun ia tidak menggugat jualan ayamnya.

"Saya jual pada harga RM9 sekilogram kalau ikutkan tak dapat banyak mana untung, tapi sebab ingat kasihan kat pelanggan.

"Tak ramai pun yang merungut pasal harga ayam ni, ada la seorang dua yang tanya, sebab mereka pelanggan tetap jadi perasan la harga ayam naik," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... yam-naik---pembekal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.368702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list