CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 2

[Politik] Kes dana SRC RM27 juta: Najib hantar representasi mohon gugur tuduhan

[Copy link]
Post time 18-8-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Kes dana SRC RM27 juta: Najib hantar representasi mohon gugur tuduhan


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diiringi pegawai penjara pada perbicaraa kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI


Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy bahawa surat representasi itu telah dihantar kepada AGC pada 31 Julai lalu dan diterima pada 2 Ogos.

Ini adalah representasi pertama Najib berhubung kes SRC keduanya.

Mohd Ashrof berkata AGC memerlukan tindakan dalaman untuk mengkaji representasi itu dan pihak pendakwaan memohon tarikh pengurusan kes lain bagi tempoh tiga bulan untuk mendapatkan semua isu yang dibangkitkan peguam dan menyediakan jawapan bertulis untuk representasi tersebut.

"Terdapat beberapa isu berkaitan yang dibangkitkan peguam bela tertuduh, terutamanya selain dokumentasi yang akan dibentangkan dalam perbicaraan ini berbanding dokumen yang telah dikemukakan dalam SRC asal," katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan dokumen setebal 51 muka surat telah dikemukakan kepada AGC.

"Dokumentasi dalam kes ini sama dengan kes terdahulu (kes SRC pertama). Saksi dan dokumen hampir sama," kata peguam itu.

Hakim Muniandy kemudian menetapkan 1 Disember untuk pengurusan kes itu.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan serta hukuman penjara dan denda RM210 juta terhadapnya yang didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu kemudian memfailkan permohonan untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan dan panel baharu Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 31 Mac.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mohon-gugur-tuduhan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 03:31 PM | Show all posts
bila nak bawa ke lembaga pemgampunan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 06:14 PM | Show all posts
hampir xde rambut hitam dah
tp nmpk muka elok sihat

x macam rozy
duk kt luar tp ....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056221 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list