|

ORANG ramai dan kenalan mula tiba di perkarangan Tanah Perkuburan Masjid Al Huda Kampung Jerong. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Sungai Petani: Orang ramai termasuk kenalan dan saudara mara penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sudah mula berada di perkarangan Tanah Perkuburan Masjid Al Huda Kampung Jerong, di sini, sejak jam 12 tengah hari tadi.
Penduduk Taman Sidam Kiri, Mohd Nazri Jamaludin, 49, berkata, dia bersama anak kariah masjid mula bergotong-royong menyediakan makanan sejak pagi tadi.
"Di sini ada khairat kematian, jadi selepas dimaklumkan jenazah akan dibawa balik, kami bahagi tugas masing-masing, kubur mula dikorek kira-kira jam 9 pagi tadi menggunakan jengkaut dan mengambil masa kira-kira sejam.
"Khemah pun sudah dipasang, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik," katanya juga jiran kepada Allahyarham Muhamad Hafiz.
Pesara tentera itu menyifatkan Allahyarham seorang yang berperwatakan tenang dan mudah didekati.
Sementara itu saudara Allahyarham, Badli Mohd Razali, 41, bersyukur kerana urusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berakhir dengan cepat.
"Kami bersyukur jenazah Allahyarham dapat dibawa pulang lebih awal," katanya yang menetap di Baling
Terdahulu jenazah dibawa pulang dari Jabatan Forensik HTAR kira-kira jam 10 pagi tadi dan dijangka tiba di tanah perkuburan Kampung Jerong di sini selepas Zohor.
Kelmarin, 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV.
Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.
Turut terbabit dalam nahas, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nazah-muhamad-hafiz |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|