CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 974|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah

[Copy link]
Post time 19-8-2023 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-8-2023 07:41 PM

Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN  19 Ogos 2023   05:24pm





Muhammad Faiz




BUKIT MERTAJAM - Polis digesa untuk menyiasat kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari bahawa empat negeri yang berada di bawah PN dicadangkan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenyataan dikeluarkan Ahmad Fadhli itu berbaur hasutan kepada rakyat di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu untuk membangkitkan perasaan kebencian terhadap kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, siasatan boleh dibuat sama ada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Langkah Pemuda PN yang melancarkan logo dan tema tersendiri itu menunjukkan sikap kurang patriotik dalam kalangan parti PN.

"Ini kerana Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara yang digerakkan di peringkat persekutuan memandangkan Malaysia adalah sebuah persekutuan.

"Hari Kebangsaan merujuk kepada merdekanya sebuah negara Malaysia yang pentadbirannya ditunjangi kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri. Jadi, sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri dibuat sebagai kebersamaan dalam sesebuah negara," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, Pemuda PN mencadangkan supaya kerajaan negeri ditadbir komponen itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza dengan yang digunakan di peringkat Persekutuan.

Ahmad Fadhli berkata, logo yang diperkenalkan Pemuda PN itu berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.


Mengulas lanjut, Muhammad Faiz mendakwa, sikap biadab Pemuda PN itu menunjukkan pemikiran parti yang menganjurkan perpecahan dan menolak perpaduan.

Ujarnya, perpecahan adalah hasil pemikiran takfiri yang perlu dibendung sebelum membarah.

Tambah beliau, kemenangan PN di tiga negeri baru-baru ini bukanlah manifestasi mutlak rakyat Malaysia menyokong PN.

Ini kerana katanya, Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga menang di tiga negeri yang lain.

Malah beliau berkata, undi popular PH dan BN mengatasi PN dengan gabungan PH-BN memperoleh undi sebanyak 3,399,473 manakala PN sebanyak 3,382,454 undi.

"Amat mendukacitakan apabila PN berceramah dengan penyokongnya merayu peruntukan dana daripada kerajaan Persekutuan dan mempersoalkan semangat federalisme kerajaan pusat tetapi pada masa yang sama tidak menghormati semangat federalisme yang dilaungkan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.665897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list