CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dee_dee

pakwe ilang

[Copy link]
Post time 15-2-2011 07:19 PM | Show all posts
Reply 159# dee_dee

kaka sila berkenalan dengan orang lain ya.

dalam masa yang sama, berdoa saja la. doa apa, kakak saja yang tahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2011 07:59 PM | Show all posts
Reply  dee_dee

kaka sila berkenalan dengan orang lain ya.

dalam masa yang sama, berdoa saja l ...
chazey Post at 15-2-2011 19:19


hmm mmg tgh cari org br... tp tu lah semua nye tak kene.. byk kenal pon nk amik kesempatan je
dr komen2 kawan.. ramai ckp dia nk tglkan..
tp dr komen kwn lelaki.. dia mmg tgh ada problem besar.. if not why dia wish valentine kan...  dd xceleb.. tp bf dd kan kristian.. tepat tgh mlm wish.. then dd text dia 1 pon tak reply ilang blk...

dd wat keputusan i move on with my life.. klu dia mmg jodoh dd ada la.. g pon mmg dd taw dr awal problem ni akan dtg punya.. tp tak sangka secepat ni.. uwaaa
chazey carikan dd pakwe 1 (
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 09:01 PM | Show all posts
Reply 162# dee_dee

mungkin dia tengah bergelut dengan perasaan sendiri dan keinginan keluarga.

saya faham situasi dia. saya rasa dia bukannya nak main-mainkan kakak. cuma mungkin dia sendiri pun masih keliru tentang pegangan dia, perasaan dia, dan kehendak keluarga dia...mungkin masa mula2 ngorat dulu memang la dia fikir syok saja. lelaki ni kan fikiran singkat sikit. dia pikir masa tu ja, masa depan dia malas nak fikir pasal tanak beratkan fikiran. haha. tapi bila hubungan tu dah masuk fasa serius nak kawin, sana la dia mula diserang rasa berbelah bagi...lagi2 mungkin dia dapat tekanan dari keluarga dia jadi tambah la celaru fikiran. saya tak heran dia men hilangkan diri macam tu saja. sebab saya sendiri pernah buat begini dan boipren saya pun pernah buat begini di kala fikiran bercelaru. malas nak serabutkan fikiran jadi ambil masa berdiam diri sekejap.

sekarang ni, dia cuma perlu jadi berani dan buat satu keputusan besar, yang akan mempengaruhi hidup dia selama-lamanya. bagi la dia masa untuk fikir keputusan apa yang harus dia ambil sebab saya percaya lelaki ni sangat firm with his decision; once he makes up his mind, there will be no turning back anymore. apa pun keputusan dia, saya cuma mampu doakan yang baik2 saja untuk dia. dan untuk kakak juga. tak salah berkenalan dengan orang lain sekarang. pasal kakak juga tidak terikat dengan sesiapa.


tang kakak minta tolong carikan pakwe itu, saya minta maaf la kakak. saya memang tak pandai cari2 pakwe ni. sebab saya jenis menunggu orang datang untuk mencari saya. oldskol lover saya ini. saya hanya mampu doakan agar Tuhan akan menolong kakak, menemukan kakak dengan the right one supaya kakak tidak terus-terus terluka lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 09:31 PM | Show all posts
Reply  dee_dee

mungkin dia tengah bergelut dengan perasaan sendiri dan keinginan keluarga.

sa ...
chazey Post at 15-2-2011 21:01



   tq... komen chazey mmg melembutkan hati dd.... mostly komen org len sumer suh tglkan.. semua tak paham apa masalah di dalam..  yup mmg kat sini ada sedikit penting kan diri sendiri.. dia pentingkan diri sendiri.. tp masalah bukan kecik melibatkan agama dan keluarga... ari2 dd doakan supaya terbuka ati dia tuk islam ni... tp klu da takde jodoh.. im ok with it... psst sila ke bod melaka nk pas kredit
cari pakwe tu main2 sajork.. tp ada apa salah hehe.... haha just kidding ;)
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 09:51 PM | Show all posts
Reply 164# dee_dee

kakak, saya boleh berkata begini sebab saya juga mengalami masalah yang sama seperti kawan lelaki kakak itu. benda ini bukan senang. saya bagi contoh situasi diri saya sendiri la.
dulu, hampir setiap hari saya dimarahi, disindir malah ditakut-takutkan oleh ahli keluarga saya hanya kerana saya berkasih-kasihan dengan kekasih saya yang muslim itu. masa itu, diorang belum jumpa dia lagi tapi sudah macam2 perkara negatif yang mereka fikirkan. dan disebabkan negatif juga la, ayat2 seperti di bawah ini pernah dilemparkan pada saya:

"ko tatau ka lelaki islam boleh kawin 4? sekarang dia suka ko la, satu hari nanti dia dah tak suka macamana? jangan ja satu hari nanti tiba2 ko tau ko ada madu" / "kalau ko masuk islam hati mak bapak ko akan hancur, sanggup ko tengok diorang bersedih sedangkan ko gembira?" / "satu hari nanti kalau ko susah, jangan ko datang mengadu pada keluarga. ko tanggung la sendiri"

- kalau satu dua hari boleh la buat pekak ja. tapi kalau setiap hari camna? lagi2 di awal perhubungan kami...wah, memang sangat2 susah i tell you. kalau dilayan, memang meracun fikiran juga la. pasal tu saya pernah terkonpius sekejap. syukur kekasih saya itu jenis muka tatau malu tetap nakkan saya.

tapi syukur la, saya pun tidak tahu bagaimana, apabila mereka berjumpa dengan kekasih saya, otomatik hati masing2 jadi sejuk, jadi lembut gitu. mak saya, nenek saya, bapak saya, jumpa beliau sekali, terus tertawan katanya. mungkin ini berkat doa dia/saya yang tidak putus2? sekarang ini, saya tidak lagi diserang kata2 sebegitu. ada juga la kadang2 saudara mara menasihati saya, , tapi sangat jarang, once in a blue moon gitu dan kalau ya pun, mereka akan menasihati dengan lembut, suruh saya fikir betul2...

sekarang lain pula situasinya. ibubapa & nenek saya asyik pula bertanya bila dia nak masuk meminang. peh. dulu kunun tanak. saya lagi pula pening. sebab duit belum cukup. aiyoyo. semoga dipermudahkan jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 09:52 PM | Show all posts
Reply 164# dee_dee

pass kedit? wokeh!

(laju saja. haha.)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2011 10:03 PM | Show all posts
assalammualaikum dd,
ai da baca skit2, kira bole paham la....
apa2 pon masalah, jagn terus berendam air mata
memikir yg bukan2 @ sebagainya.

balik kepada ALLAH pencipta kita.
bersujud la kepadaNya.
mohon ditunjukan jalan
jika masih hidup, munculkan ai.
jika ia jodoh mu, rapatkan dia kpd mu.

usah berlenggah lagi.
lalukan sesuatu demi masa hadapan mu.
tiada siapa dpt menolong
melainkan diri sendiri dan yg maha pencipta

i.s.t.i.k.r.a.h tanpa jemu
berdoa tanpa jelak
insyaAllah Tuhan permudahkan jalan

Mulakan dari sekarang

wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 10:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by dee_dee at 15-2-2011 22:08
Reply  dee_dee

kakak, saya boleh berkata begini sebab saya juga mengalami masalah yang sama sepe ...
chazey Post at 15-2-2011 21:51



   wah im so happy for u... hopefull dd pon ada happy ending gitu huhu.... dlu dia penah ckp dd... if takde solution kita lari je la.. g australia ke... tp dd marah dia sebab dd ckp fmly dd ok just kene jumpe la dlu... nnt jadik kawen sila la jemput dd eh.. dd sangat suke cinta2 terlarang gini haha.... motipp?
hopefully his family akan paham jugak la...


wah chazey ari ni dd rasa lega sket.. sebab dd terpengaruh kata2 kawan... dia ada org len... sedih ati huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2011 10:45 PM | Show all posts
Reply 168# dee_dee

motip suka cinta terlarang? apa kakak DD ini juga suka menentang arus macam saya?
ya, of kos. kalau jodoh kami ada, memang saya akan jemput rakan2 forum. lagi ramai, lagi meriah, lagi bagus. semoga kakak juga mempunyai kesudahan yang baik. terima kasih atas kemurahan hati kakak memberikan kredit. saya sangat menghargainya.

er, saya pun pernah cakap begitu dengan kekasih saya. saya bawa dia lari oversea. haha. pastu dia marah (manja2) dan sibuk menasihati saya supaya jangan membelakangkan orang tua. akaka. sama la macam kakak. saya sebenarnya bergurau saja, tapi dalam gurau2 ada seriusnya sebab pada ketika itu saya tidak nampak jalan lain. dasar ikut nafsu betul. syukur dia bukan jenis kekasih yang ikutkan saja kehendak hati saya. banyak kali juga saya merajuk. tapi saya rasa, sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga saya, dia memang patut buat begitu. supaya saya tidak jadi manja sangat.


sebenarnya, kata2 kawan bahawa dia ada orang lain tu, mungkin boleh dipakai juga...kerana, kalau saya berada di tempat dia, satu-satunya cara untuk saya melupakan perasaan saya terhadap DD adalah berkenalan dengan orang lain...saya cuma berharap, agar satu hari nanti dia akan menjadi manly enough untuk berhadapan dengan DD dan buat apa yang dia fikir dia patut buat...DD bersedia saja dengan sebarang kemungkinan ya...jika dia tidak kembali pada DD, itu maksudnya Tuhan sudah sediakan seseorang yang terbaik untuk DD. tunggu saja masa untuk kalian dipertemukan; saya percaya Dia terlebih tahu apa yang terbaik untuk kita.


sewaktu saya keliru dulu, saya pernah terfikir untuk meninggalkan kekasih saya. apa lagi ketika itu memang ada yang cuba masuk line. tapi saya tidak sampai hati melukakan dia...hu...dia menjaga saya dengan sangat baik, dan dia menerima kelemahan dan kekurangan diri saya sepenuhnya. tidak pernah pun dia merungut tentang perangai saya yang tidak menentu. mengungkit jauh sekali. sampai mak saya pernah kata dengan perangai saya sebegini kompem tak lama lagi kena tinggal. (cis. apa la mak. sampai ati. ) orang lain, mungkin tidak boleh berbuat begitu. jadi saya membuat keputusan untuk tetap bersama dia.


sekarang kami PJJ. ya, ada yang cuba takut-takutkan saya, kata kompem ka dia tak cari orang lain ketika berada jauh dari saya? saya senyum saja. apa nak takut? qada dan qadar. saya cuma berfikir begini: if God wills us to be together, then we will be. if not, He may have other plans for us, and The Creator knows best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 10:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by dee_dee at 15-2-2011 22:55
Reply  dee_dee

motip suka cinta terlarang? apa kakak DD ini juga suka menentang arus macam saya? ...
chazey Post at 15-2-2011 22:45



   wawa... rasa cedey balik..  ada org len.. sob sob.. takpe la.. klu semua nya da tertulis qada dan qadar... terima dgn hati terbuka... lg pon da 2 bulan.. pling lama chazey mendiam kan diri? huhuhu.....

aah la dd ni mmg suke menentang arus... lautan api tak sanggup ku redahi hehe.... actually nk tnya chazey ni org pe.. jgn marah eh but i loooike ur story hopefully happy ending ke tua gitu.... dd pon rasa dd takleh pilih org len sebab dia je sayang dd len mcm.. jejanz lain syg dd pon asik2 nk amik kesempatan.... ku sepakkan ajer telur diaorg tu nnt huhu.... tp bak kata chazey.. if dia da ada org lain... takpe la... hopefully dd pon akan jumpe org yg lebih baik dr dia.. sob sob lap ingus
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 12:42 AM | Show all posts
Reply 170# dee_dee

er, seminggu ja. dua bulan, lama sangat la. tak tahan.
dia pon, buat aku seminggu ja. wakaka. ekceli yang memula konpius dia sebenarnya, pehtu baru saya. tapi dia konpius bukan pasal agama tapi pasal takut tak dapat jaga saya dengan baik sebab dia ni ramai kawan pompuan jadi dia tanak di masa akan datang dia terbuat sesuatu yang boleh lukakan hati saya (katanya la). huhu...alih2 bila dia dah tak konpius dan nak serius dengan saya, saya pula yang terkonpius kembali.  


saya ini sabahan kak non. kadazandusun gituh. dia sama kaum dengan saya. cuma agama berbeda. tempat asal pon sama. cuma seblum ni tak penah jumpa lansung. umo dah lanjut baru Tuhan bagi jumpa. akakaka.


takpa DD. orang yang sabar, Tuhan sayang. mudah-mudahan kesabaran DD akan dibalas dengan rahmat yang berlipat kali ganda dari Dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 09:23 AM | Show all posts
Ooo seminggu je hehe.. Tah la jalan citer dd mcm xda kesudahan je.. Sbb kitaorg mmg beza family dia mesti xkan kasi ngn org semenanjung muslim lg. Sure risau sbb dia anak sulung semua org harapkan dia. Keta rosak pn tepon dia. Dlu awek lama dia kawen ngn pilihan family sbb dia nye family farmer je. Tp pmpuan tu org iban gk. Tah2 awek lama dia dtg blk ( sedih betul. Hopefully tuhan buka pimntu hati dia. Dd syg dia sbb dd tau dia syg dd sgt. Huhu ayat perasan but klu da xda jodoh. Redha je. Hopefully he will contact me soon.


Thanks chazey ur advise really help.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044455 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list